Grab Meraikan Rakan-Pemandu Dan Rakan-Penghantar Bersama Keluarga Dengan Papa Zola The Movie!

Branded

Grab Meraikan Rakan-Pemandu Dan Rakan-Penghantar Bersama Keluarga Dengan Papa Zola The Movie!

Grab Malaysia dengan kerjasama MONSTA dan Astro Shaw meraikan lebih dari 100 wira-wira iaitu rakan-pemandu serta rakan-penghantar dengan menonton filem nombor 1 di pawagam ketika ini, Papa Zola The Movie. 

Lebih istimewa, turut diundang adalah ahli keluarga rakan-penghantar dan rakan-pemandu untuk sama-sama meluangkan masa berkualiti dan menikmati tayangan khas filem ini di Golden Screen Cinema (GSC), One Utama, Petaling Jaya.

Papa Zola bersama rakan-penghantar dan rakan-pemandu Grab

grab x papa zola

Sebagai simbolik kerjasama ini, maskot Papa Zola membuat penampilan khas dengan memegang jaket Grab semasa sesi fotografi serta beramah mesra bersama para hadirin. 

Rakan-penghantar dan rakan-pemandu pula hadir dengan uniform Grab. Turut diadakan adalah pemberian cenderahati eksklusif Papa Zola The Movie kepada tetamu.   

Acara ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan terhadap kerja keras dan pengorbanan para rakan-penghantar dan rakan-pemandu Grab yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam perkhidmatan mereka dan tidak lelah berusaha demi kesejahteraan keluarga. 

Angkat kisah pengorbanan bapa

Seiring dengan naratif Papa Zola The Movie, filem ini mengangkat kisah pengorbanan Papa Zola, seorang bapa penyayang yang bekerja keras sebagai penghantar makanan demi kebahagiaan keluarganya. 

Filem ini membawa emosi dan realiti yang dekat dengan penonton, memperlihatkan Papa Zola sebagai simbol perjuangan yang mewakili rakan-rakan penghantar yang menghadapi cabaran harian dalam industri khidmat penghantaran. 

Rai nadi kepada Grab

“Di Grab Malaysia, kami berbesar hati meraikan rakan-pemandu dan rakan-penghantar kami yang merupakan nadi kepada platform ini. 

“Tayangan istimewa ini adalah satu sambutan khusus sebagai penghargaan terhadap dedikasi, kegigihan dan peranan penting mereka dalam menyara keluarga setiap hari. 

“Selaras dengan mesej daripada Papa Zola The Movie, kami berharap inisiatif ini dapat memberi peluang kepada mereka untuk meluangkan masa berkualiti bersama orang tersayang dan mencipta kenangan keluarga yang bermakna,” kata Rashid Shukor, Pengarah Operasi Negara & Mobiliti di Grab Malaysia.

Grab turut berkempen dalam menyokong industri animasi tempatan dengan menampilkan karakter Papa Zola di dalam aplikasi Grab serta pengiklanan digital luar rumah (DOOH).

Ini sekali gus mengukuhkan lagi keterlibatan jenama dan meraikan komuniti penghantar dan pemandu secara menyeluruh.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...