Grab Memperkenalkan Denda Untuk ‘Pembatalan Servis’ Bermula RM 3 Sehingga Rm 5

Trending

Grab Memperkenalkan Denda Untuk ‘Pembatalan Servis’ Bermula RM 3 Sehingga Rm 5

Pemandu Grab selalu menjadi mangsa pengguna yang tidak bertanggungjawab yang membatalkan servis pada saat terakhir yang menyebabkan pemandu terpaksa menanggung kerugian kos perjalan ke lokasi pelanggan.

Kini Syarikat Perhidmatan Grab melindungi para pemandu daripada mendapat pengalaman negatif seperti ini, mereka memperkenalkan Pampasan Pembatalan yang bermula pada 25 Mac 2019 untuk pelanggan membatalkan servis ‘last minute’ dan penumpang tidak muncul.

Advertisement

Hal ini dilakukan kerana ingin memberi keadilan buat para pemandu dan menjaga kebajikan mereka.

Berdasarkan pengumuman yang dikongsikan oleh Grab, caj pembatalan ini bakal dikenakan sekiranya pengguna membatalkannya 5 minit selepas tempoh tempahan dibuat.

Polisi ini telah bermula di Lembah Klang pada 25 Mac 2019 dan di bandar-bandar lain pada 27 Mac 2019 nanti.

Caj yang dikenakan buat servis GrabCar, JustGrab, GrabShare, GrabTaxi adalah sebanyak RM3 manakala Grab Car untuk 6 penumpang adalah RM4 dan GrabCar Premium pula sebanyak RM5.

Dari segi pembayaran denda yang dikenakan, pengguna yang menggunakan GrabPay bakal dipotong serta-merta manakala untuk pengguna yang menggunakan bayaran tunai, cas akan dikenakan pada tempahan seterusnya.

 

Sumber : Grab Malaysia

 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...