Sukan wanita di Malaysia terus menunjukkan perkembangan positif dan penghargaan patut ditujukan kepada organisasi yang percaya kepada potensi atlet wanita tempatan.
Terbaru, kerjasama rasmi Grab Malaysia dengan Liga Wanita Nasional (LWN) bukan sahaja memartabatkan bola sepak wanita, tetapi juga membuka lebih banyak ruang untuk suara dan kejayaan atlet wanita didengari seluruh negara.
Mini Podcast Eksklusif Tampilkan Atlet Wanita Terbaik Negara
Melalui podcast mini khas di bawah inisiatif #SisBoleh, Grab Malaysia menampilkan barisan atlet wanita negara yang berjaya mengharumkan nama Malaysia.
Podcast ini dikendalikan oleh Steffi Sarge Kaur (Steffi Sidhu), pemain bola sepak kebangsaan yang membawa penonton menyelami kisah sebenar perjuangan dan inspirasi para atlet.
Antara tetamu jemputan podcast mini ini ialah:
Pandalela Rinong – Atlet terjun negara
View this post on Instagram
Syaidatul Afifah – Jaguh bowling Malaysia
Aimi Iwasaki – Triatlet berprestasi tinggi
View this post on Instagram
Memperkasa Perjuangan Atlet Wanita
Podcast mini ini bertujuan memastikan kisah-kisah inspirasi ini sampai kepada khalayak yang lebih luas.
Ia memberi ruang kepada para atlet untuk berkongsi pengalaman sebenar daripada mengatasi stereotaip, keazaman berdepan cabaran, hinggalah membuktikan kemampuan diri dalam dunia sukan.
Inisiatif Lain di Bawah #SisBoleh
Kerjasama dengan LWN bukan satu-satunya usaha Grab dalam menyokong wanita Malaysia. Sepanjang tahun ini, Grab telah melaksanakan pelbagai program pemerkasaan wanita, antaranya:
Aisya Rahman x #SisBoleh Kuasai Kewangan

Kolaborasi bersama Aisya Rahman untuk menganjurkan bengkel celik kewangan dan menghasilkan siri mini-konten bagi membantu wanita mengurus kewangan dengan lebih bijak.
#SisBoleh Untold Stories
![]()
Siri penceritaan yang mengetengahkan kisah sebenar rakan-pemandu dan rakan-penghantar Grab wanita. Contohnya bagaimana mereka mengatasi cabaran hidup, berdikari dan membina masa depan yang lebih kukuh.
Grab Terus Memperkasakan Wanita Malaysia
Melalui sokongan terhadap LWN dan pelancaran mini podcast ini, Grab bukan sahaja menghargai atlet wanita negara, tetapi turut mengiktiraf jutaan wanita lain yang sentiasa berazam dan berusaha memperbaiki kehidupan mereka.
Dengan inisiatif #SisBoleh, Grab akan terus komited dalam menyediakan platform, peluang dan sokongan bagi memastikan wanita Malaysia terus maju ke hadapan.
Jadi jangan lupa untuk saksikan podcast mini bagi menghayati kisah di sebalik setiap daripada mereka.
Sementara itu, jangan lupa untuk tunjukkan sokongan korang kepada Liga Wanita Nasional Final Match pada 27 dan 28 Disember 2025 di Youtube https://www.youtube.com/@LigaWanitaNasional

