Grab Cepat Sebelum Habis, Item Edisi Terhad Minions Ini Jadi Rebutan Netizen

Branded

Grab Cepat Sebelum Habis, Item Edisi Terhad Minions Ini Jadi Rebutan Netizen

Siapa je tak kenal karakter kartun Minions yang comel? Dari anak-anak sampailah ke orang dewasa, semuanya pasti tahu punyalah. Apa taknya, setiap kali ditayangkan, movie Minions ni memang box-office.

Tahu apa yang lagi best? Kalau korang peminat Minions dan juga pengguna setia produk NIVEA, ada berita gembira untuk korang. Sekarang ni ada promosi hadiah dengan pembelian guys! Korang akan dapat satu (1) Mangkuk Sup Minions Eksklusif secara PERCUMA je! Macam mana nak dapat? Senang je tau.

Cuma perlu beli produk NIVEA & NIVEA MEN bernilai RM35 dan ke atas di peruncit yang turut serta, dan korang boleh tebus satu (1) unit hadiah tersebut percuma. Tawaran sah sementara stok masih ada. Dengarnya memang laku keras, jadi korang kena cepat-cepat dapatkan sekarang.

Produk Nivea, Nivea Men

Outlet terlibat dengan promosi ini adalah Watsons, Guardian, Caring, Econsave, TF Value Mart, GT, Mydin, C Mart, Farley, E Mart & Lulu. Promosi berlangsung dari 1 hingga 30 September 2021, sementara stok masih ada. Tempoh promosi bagaimanapun berbeza mengikut peruncit. Nak selamat, baik cepat-cepat cari sekarang. Lambat-lambat mesti terlepas.

Free Minions Soup Bowl Nivea Promotion

Pencuci muka, losyen, deodoran, lip balm dah habis? Jomlah beli dan buat stok skincare dan penjagaan badan NIVEA untuk sekeluarga. Alang-alang beli, boleh kumpulkan semua 3 reka bentuk mangkuk sup berlainan rekaan. Peminat tegar kartun comel warna kuning ni semestinya tak mahu lepaskan peluang jadikan hadiah ni dalam koleksi peribadi. Comel kot.

Follow NIVEA di Facebook untuk dapatkan info produk terkini dan juga promo yang sedang berlangsung. Dah tahu yang mana nak beli, bolehlah borong banyak-banyak untuk kumpul Mangkuk Sup Minions Eksklusif tu. Cepat-cepat, lambat nanti habis jangan menyesal ok?

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...