(GOSIP)Yusry Dan Lisa Surihani Kahwin Februari 2012-Astro Siarkan Secara Eksklusif?

(GOSIP)Yusry Dan Lisa Surihani Kahwin Februari 2012-Astro Siarkan Secara Eksklusif?

Walaupun pernah menafikan akan berkahwin pada tahun ini, desas desus yang sedang beredar waktu ini ialah pengarah filem yang berstatus duda, Yusry Abdul Halim akan berkahwin pada Februari 2012 dengan aktres yang bakal muncul dengan filem terbaru, Istanbul Aku Datang iaitu Lisa Surihani. Mereka dikatakan mula bercinta setelah Lisa menghadiri ujibakat untuk watak Embok dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa arahan Yusry. Watak tersebut telah diberikan pada Ummi Nazeera, tetapi hubungan mereka berjalan jua selepas itu.

Seperti yang dilaporkan oleh MalaysianDigest, ada khabar yang Astro telah membeli hak penyiaran eksklusif perkahwinan mereka, yang akan disiarkan dalam salah satu rangkaiannya. Kalau betul berita ni pun bagus juga, sebab siap ada yang meramal mereka takkan kahwin sebelum ini. Ada peminat di pihak Yusry tidak suka dan begitu juga sebaliknya. Tapi kalau sudah jodoh mereka, siapa kita untuk menidakkan ketetapan yang berkuasa bukan? Biar pun begitu, masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak Astro, Yusry mahupun Lisa. Jadi, apa-apa pun, tunggu!

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...