(GOSIP)Umi Nazeera Upah Orang Belasah Remy Ishak?

Hiburan

(GOSIP)Umi Nazeera Upah Orang Belasah Remy Ishak?

umi nazeera

PERHATIAN: Cerita ini tidak diketahui sumbernya dari mana. Jadi sila jangan percaya 100%. Kemungkinan besar gosip ini timbul untuk menjatuhkan nama Umi Nazeera. Sila baca artikel di bawah seperti anda sedang mendengar Buletin Utama.

Advertisement

Mahu atau pun tidak, nama Umi Nazeera terus dikaitkan dengan tragedi Remy Ishak dibelasah di Istana Budaya Jumaat lepas. Yang menghairankan, 7 lelaki yang membelasah Remy Ishak nie diupah oleh seorang anak ahli perniagaan. Kami pelik jugak kenapa nak upah sampai 7 orang. Memang tak puas hati sangat-sangat ke?

Maka terus wujud gosip yang menyatakan Umi Nazeeralah yang menjadi dalang dalam tragedi Disember ini. Alasannya kerana Umi sememangnya adalah anak kepada seorang ahli perniagaan. Malah seorang pengkomen kami menyatakan yang Remy telah pun memintak “clash” dengan Umi Nazeera kerana perangainya yang agak keterlaluan. Akibat rasa tak puas hati dengan permintaan Remy, Umi mengupah 7 lelaki jahanam untuk membelasah Remy.

Seperti biasa apabila ditanya mengenai hal nie, Remy Ishak dan Umi Nazeera masing-masing berdiam diri. Mungkin tragedi ini terlalu bersifat peribadi untuk mereka. Kalau dibukak cerita sebenar, seolah-olah membuka pekung di dada sendiri. Siapa yang malu? Umi Nazeera jugak. Nama baik member kenalah jaga.

Kami dapat rasakan yang punca sebenar tragedi Disember ini akan terus menjadi misteri. Walaupun Remy Ishak sudah pun membuat laporan polis, rasa-rasanya demi menjaga nama baik pihak yang terlibat, kita tak akan dapat tahu apa sebenarnya yang terjadi. Tapi takper, kami akan sentiasa menantikan email daripada mereka-mereka yang mempunyai sumber yang sahih.

Sekian laporan berita terkini lagi sensasi daripada bilik berita BeautifulNara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...