Perasan tak kami letak suami orang sebagai pembuka tajuk gosip tentang Heliza AF5 nie? Sebabnya kami percaya yang si suami nie yang tergedik-gedik nak mengorat Heliza sampai lupa anak bini kat rumah. Kami faham hati dan perasaan si suami. Sapalah yang tak terpikat dengan keayuan dan mata besar Heliza tue. Jangan katakan suami orang, atuk orang pun silap-silap leh jatuh cinta.
Gosip nie timbul selepas ada seorang pendengar radio HotFM yang menelepon Fara Fauzana. Dia bagitau yang suaminya ada affair dengan seorang artis realiti bertudung litup. Selepas tue banyak lagilah description yang menggambarkan artis itu sebagai Heliza. Contohnya artis itu cantik, putih, mata galak dan kekadang cakap loghat utara, kekadang cakap loghat Sabah Sarawak.
Walaupun kami tak percaya dengan gosip murahan macam nie, rasanya lebih molek kalau Heliza sendiri keluar dan menafikan cerita dongeng nie. Bahaya jugak orang zaman sekarang nie. Boleh mencipta gosip hanya dengan sebuah panggilan telefon jer. Tup-tup nama artis yang memang bersih selama nie sekelip mata je boleh jadi kotor.
Benar atau tidak, sama-samalah kita nantikan penjelasan dari Heliza. Tapi hati kami berat mengatakan yang si suami tue angau @ syok sendiri kat Heliza. Sumber gosip dari Forum Cari.