September 29th, 2009

rasul melayu

Adeh. Pening kepala kami baca pengakuan seorang penyanyi reggae 80-an pasal Abdul Kahar Ahmad yang lebih pemes dengan nama “Rasul Melayu”. Memang habis taksub betul penyanyi berusia lebih kurang 50 tahun nie. Cuba korang baca kenyataan dia nie:-

[note]Mengaku salah bukan bererti kalah. Pengakuan itu hanya dari sudutundang-undang kerana kami tetap yakin berada di jalan kebenaran menuju ke syurga[/note]

Ish-ish. Yang kami tak fahamnya terang-terang sangat si Rasul Melayu palsu nie dikantoikan tak puasa masa Ramadhan ari tue. Kalau pikir logik dengan terkantoinya tak puasa,  compem la sangat sesat ajaran dia nie. Kan pose tue wajib. Camner ntah leh jadi Rasul kalau tak pose. Ish-ish.

Nie satu lagi kenyataan penyanyi 80-an nie. Compem mamat nie  dah kena brainwash dengan clorox ngan Haji Kahar:-

[note]Tidak mengapa kalau seseorang itu minum arak atau berpakaian seksi asalkan jiwanya positif selepas mencapai tahap 100 peratus asas ajaran.[/note]

Lepas baca kenyataan yang satu nie plak, kami dengan yakinnya percaya penyanyi 80-an nie dah terencat akal. Ada 2 kemungkinan iaitu dia sememangnya dilahirkan terencat ataupun dia dengan sengajanya merencatkan diri.

[note]Rasul juga diturunkan kepada setiap bangsa dan Haji Kahar untuk orang Melayu. Bila seseorang Rasul wafat mesti ada penggantinya untuk memperbetulkan ajaran. Jadi bila Nabi Muhammad wafat, mesti Tuhan turunkan pengganti[/note]

Budak kecik darjah 6 pun tau yang Nabi Muhammad tue nabi terakhir. Memang power Haji Kahar nie boleh brainwash bapak budak umur 50 tahun supaya percaya dia pengganti Nabi Muhammad. Rasa-rasa dia pakai clorox jap apa ek?

Kalau korang nak baca cerita penuh penyanyi mereng + gila nie yang keluar kat Metro semalam, sila baca artikel ini sepenuhnya.

nuffnang awards

“Mengaku salah bukan bererti kalah. Pengakuan itu hanya dari sudutundang-undang kerana kami tetap yakin berada di jalan kebenaran menujuke syurga,” dakwa bekas penyanyi kumpulan era 80-an yang menjadipengikut taksub ajaran Abdul Kahar Ahmad atau ‘Rasul Melayu’.

Penyanyi reggae itu yang enggan namanya disiarkan berkata, pengakuanbersalah ‘Rasulnya’ bukan bermakna mereka mengalah dari sudut prinsip,malah ia membuktikan kebenaran ajaran Haji Kahar.

Menjelaslanjut mengenai alasannya, penyanyi berkenaan berkata, syarat untukmelayakkan seseorang masuk ke syurga ialah mengamalkan ajaran HajiKahar yang menekankan lima asas utama.

“Sikap ini perlu 100peratus ada dalam hati dan saya mengambil masa 25 tahun untukbenar-benar mencapai peratusan ini menyebabkan saya yakin akan masuksyurga seperti yang bakal dinikmati Haji Kahar.

“Ini ajaran sebenar. Jadi apabila Haji Kahar mengaku bersalah, iamembuktikan dia tidak mahu ‘berkeras’ dan menentang undang-undang,sekali gus mengekalkan lima perkara asas itu dalam dirinya,” katanya.

Menurutnya, apabila orang lain enggan menerima ajaran itu, untukapa Haji Kahar ‘berkeras’ sedangkan sifat itu bertentangan ajarannya.

“Bila dia menunjukkan sifat cuba melawan undang-undang, maka wujudsifat negatif. Mana ada dalam ajarannya sifat negatif…jadi sebab itulebih baik mengaku salah, tetapi ia bukan bererti kalah.

“Kalau orang tak percaya, apa boleh buat… nanti orang cakap hidung tak mancung, pipi pula tersorong-sorong,” katanya.

Sementara itu, dalam satu pertemuan dengan wakil Harian Metro, penyanyiberusia lewat 50-an itu mendakwa, kalau semua orang mengikuti asasajaran sesat itu, dunia akan menjadi tempat paling bahagia dan selamattanpa perlu ada pihak berkuasa untuk memantau keadaan.

“Tidakmengapa kalau seseorang itu minum arak atau berpakaian seksi asalkanjiwanya positif selepas mencapai tahap 100 peratus asas ajaran (HajiKahar),” katanya yang begitu taksub terhadap ‘Rasul Melayu’ yangmengaku bersalah di Mahkamah Syariah Tinggi Shah Alam terhadap limapertuduhan, kelmarin.

Penyanyi itu mendakwa, Islam yang sebenarbukan sekadar menunaikan solat lima waktu, puasa, zakat atau menunaikanhaji, tetapi lebih kepada membersihkan hati dengan sikap positif.

“Saya sudah mengikuti ajaran Haji Kahar selepas membuat kajian danyakin dia ‘Rasul’ yang diturunkan setiap satu kurun. Rasul bermaknaseorang yang menyampaikan teladan baik tapi nabi ialah orang yangmenerima wahyu iaitu Nabi Muhammad.

“Rasul juga diturunkankepada setiap bangsa dan Haji Kahar untuk orang Melayu. Bila seseorangRasul wafat mesti ada penggantinya untuk memperbetulkan ajaran. Jadibila Nabi Muhammad wafat, mesti Tuhan turunkan pengganti,” katanya.

Beliau juga memuji Haji Kahar yang disifatkannya ‘Rasul’ di kalanganumat Melayu kerana tidak pernah diazabkan walaupun sudah secara terbukamendakwa sebagai ‘Rasul’.

“Awak ingat senang-senang dia (Haji Kahar) hendak mengaku Rasul. Jika tak betul, Tuhan akan azab dia.

“Haji Kahar mengaku ‘Rasul’ sebab dia benar-benar mempunyai kelayakandan saya mengikut dia dan sudah memperoleh separuh apa yang diajarnya,”katanya.

Menurutnya, Haji Kahar tidak pernah menjadi gurukepada pengikutnya, sebaliknya hanya bertindak sebagai pembimbing untukmencapai lima perkara itu berdasarkan potongan terjemahan al-Quran.

Dia turut mempertikaikan kebenaran hadis nabi kerana mendakwa ia bukan 100 peratus betul, sebaliknya sudah bercampur aduk.

Dalam pertemuan hampir dua jam itu, penyanyi terbabit turut menunjukkansalinan beberapa surah al-Quran seperti Al-A’raf, Al-Ankabut, Al-Alaq,Ali Imran dan Az-Zumar yang ditandakan bagi menyokong lima asas ajaranHaji Kahar.

Penyanyi terbabit turut mendakwa Haji Kahar turut merantau ke seluruh dunia termasuk ke Israel untuk menguji diri samaada dia seorang ‘Rasul’ atau tidak selepas menerima ‘petunjuk’.


Comments are closed.

Loading...