(GOSIP)Shahir AF8 Tak Habis Belajar Matrikulasi UIA, Kena Tendang Ke?

Hiburan

(GOSIP)Shahir AF8 Tak Habis Belajar Matrikulasi UIA, Kena Tendang Ke?

shahir tak habis belajar

Kepada kipas-kipas susah mati juara Akademi Fantasia 8 (AF8) Shahir, sila jangan buruk sangka dan anggap kami cuba nak menjatuhkan lelaki pujaan anda. Ini hanya info yang kami terima berdasarkan sumber yang tak boleh percaya langsung. Sebab itu namanya gosip.  Benar atau tidak kita kena tunggu penerangan dari Shahir sendiri nanti.

Advertisement

Dengar ceritanya Shahir, 22 tahun nie tak habis belajar. Masa Shahir masih bergelar seorang anggota Saujana, dia khabarnya belajar di Matrikulasi UIA, Petaling Jaya. Berdasarkan umurnya yang baru 22 tahun, sepatutnya Shahir masih bergelar seorang pelajar universiti. Tapi dari sumber yang tak boleh dipercayai nie, Shahir khabarnya dah tak belajar lagi. Kami tak dapat pastikan sama ada Shahir suka rela berhenti atau kena tendang daripada UIA.

Dan ada desas-desus yang kami dengar cakap Shahir dan kumpulan Saujana bergaduh yang menyebabkan Shahir keluar daripada kumpulan tersebut. Tapi info terbaru kami dengar (yang ini boleh dipercayai), menyatakan yang Saujana dan Shahir langsung tak ada gaduh apa-apa. Ahli-ahli kumpulan Saujana semuanya tumpang gembira dengan kejayaan Shahir sekarang. Dan yang penting tak ada pergaduhan yang berlaku yang menyebabkan Shahir keluar dari Saujana.

Buat Shahir, mungkin rezeki anda berada di bidang muzik tanah air. Kalaulah betul anda tak habis belajar, itu tak bermakna apa-apa. Mungkin bukan rezeki anda untuk tamatkan pengajian di universiti. Alang-alang dah ada nama dalam industri muzik, teruskan usaha anda. Pedulikan apa yang orang cakap. Dan yang paling penting kekalkan sikap rendah diri dan sopan santun anda.

P.S: Memang hebat betul tips ciuman erotik untuk isteri nie. Bacaan untuk 18 tahun jer tau ~~

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...