Nampaknya artis-artis tanah air kita semakin maju menggunakan teknologi yang ada. Bukan sekadar mendekatkan diri dengan peminat, tetapi turut menggunakannya untuk meluahkan perasaan tidak puas hati kepada orang lain. Menurut penelitian Abang Nara, Rita Rudaini dan Zaquan Adha kelihatan seperti turut sama sindir menyindir sesama sendiri menerusi medium Twitter. Segalanya bermula apabila Rita Rudaini mengeluarkan statement di bawah ketika menjawap pertanyaan peminatnya:-
Zaquan yang nampaknya seperti membaca tulisan Rita kemudiannya menulis status update di Twitternya seperti di bawah:-
Mungkin secara kebetulan (ataupun selepas membaca tulisan di atas) Rita Rudaini pula mengeluarkan statement ini:-
Tidak dapat disahkan sama ada mereka berdua saling menyindir di antara satu sama lain atau status update tersebut ditujukan kepada orang lain. Jika benar mereka menyindir sesama sendiri, Abang Nara cuma mampu doakan mereka berdoa mampu berdamai. Entri merujuk kepada Twitter Rita Rudaini dan Twitter Zaquan Adha.

Jaja
February 7, 2012 at 5:06 pm
Tetap sokong RR… Benci tgk AR tu perasan cantik, padahal hampeh!!
amy
January 29, 2012 at 10:34 pm
masalah kalau hubungan menantu & mertua & juga ipar kalau tidak baik
hujan
January 22, 2012 at 9:04 am
hmmm, personal opinion aku ialah, masalah rumahtangga/dalaman keluarga, twitter/facebook/blog bukanlah tempat utk mencurahkannya. ada tempat lain yg lebih afdal utk melakukannya – ustaz, kaunselor, orang2 boleh dipercayai boleh memberi buah fikir yg mendamaikan semula kekeruhan. aperlah sangat peminat tau? orang luar tau? bila bagi hint2 mcm nie maka kuarlah segala hipotesis, andaian segala mcm yg biasanya negatif. itulah lumrah manusia. so bila kita membuka pekung didada di laman yg terbuka, maka kita mengundang sendiri masalah yg rumit itu untuk semakin rumit.
suami/isteri adalah pakaian kita. buruk kita maka buruklah pasangan kita. udah2ler tu guna internet utk meluahkan isi hati. cariklah allah, kalu dah geram sangat pun, Dia yang selesaikan msalah kita, bukan peminat yg tak tau aper dan yg akan membuat andaian based on face values saja.
jgn salahkan peminat memberi pelbagai fahaman, tapi diri sediri kerana memberikan peluang
pendita
January 18, 2012 at 11:42 pm
ni teori aje la.. kalo salah ampun ye —rita pakai dua twitter account ke apa. satu account tu yg jawab soalan satu tanya soalan.
yg x patutnya rita ckp x kisah mertua x sayang tu. nampak sgt x sensitif dgn mak mentua yg ‘kehilangan’ anak akibat ‘cinta’ dgn rita .. dia patut lebih sedar yg dia ada dua anak lelaki kot? so, ckap kat twitter pasal karma karma.. kalo ko buat perangai mcm tu silap haribulan dpt karma anak2 menantu buat perangai mcm ko buat kat mentua ko.. amacam?
haleda-eyda ,sibu srwk
January 15, 2012 at 10:52 pm
moga kak rita tabahkn hati..