Wow. Pening kepala ini dibuatnya. Kenapa Natasha Hudson yang penuh dengan glamourous itu ingin mencilok lagu seorang penyanyi YouTube yang tak seglamer dia. Dan tambah misteri, lagu Hanya Tuhan Yang Tahu ini ditulis bersama oleh Natasha Hudson dan Cat Farish. Adakah Cat Farish pun terlibat sama jugak dalam edisi pencilokan ini?
Cuba korang dengar lagu Hanya Tuhan Sahaja Yang Tahu dendangan si janda hangat Natasha Hudson ini:-
Dah dengar? Cuba korang dengar lagu Right Or Wrong nyanyian penyanyi YouTube, Kim Chuah ini:-
Dan ini adalah claim daripada Kim Chuah di channel YouTube dia:-
[note]NATASHA HUDSON HAS PERFORMED MY SONG WITHOUT MY PERMISSION, THE VIDEO WAS UPLOADED JAN 2010 AND 4 MONTHS AFTER SOMEONE CONTACTED ME ASKING ME IF THEY COULD USE THIS SONG AND I GET THE ROYALTIES AND NAMED…BUT THEY HAVE ALREADY USED MY SONG PUBLICLY AS THEIR OWN SINCE JANUARY….THIS IS MY SONG AND I WROTE IT….THERE FOR NO ONE HAS THE RIGHT ESP WEN I HAVEN’T MADE IT OFFICIAL TO SEND IT TO ANY ARTISTS TO USE….ITS WRONG SO STOP NOW!!![/note]
Jeng jeng jeng~~~ Siapa Right Or Wrong sekarang? Mungkin Hanya Tuhan Yang Tahu. Aceh, terbuat ayat pakai tajuk lagu diorang dua pulak. Hehehe. Kita nantikan episod seterusnya daripada Natasha Hudson dan Kim Chuah. Tapi mengikut sejarah terdahulu si Natasha Hudson nie pernah kantoi mengtranslate bulat-bulat puisi orang putih kepada bahasa Melayu, maka kemungkinan besar kita dah tahu siapa yang bersalah. Boleh baca kat sini kalau nak tahu pasal plagiat puisi tue.