(GOSIP)Lisa Surihani & Yusry KRU Bercinta? Oh Tidak ~~~~~~~

Hiburan

(GOSIP)Lisa Surihani & Yusry KRU Bercinta? Oh Tidak ~~~~~~~

yusry kru dan lisa surihani bercinta

Tup-tup semalam semasa tengah sibuk mencari gosip di Internet, ada seseorang di Twitter memberitahu yang dia ternampak Yusry KRU menghantar Lisa Surihani dengan Lamborghininya. Apakah? Terus naluri kecemburuan Abang Nara meningkat secara mendadak. Hati terasa panas. Adakah ini benar atau hanya dugaan untuk Abang Nara dalam percintaan angan-angan bersama Lisa?

Advertisement

Terus dengan pantasnya Abang Nara mencari sumber-sumber lain yang mengaitkan Lisa Surihani dan Yusry KRU. Nak dijadikan cerita, terjumpa keratan berita Harian Metro yang berbunyi begini:-

Ketika melangkah masuk ke pawagam, Yusry dan Lisa bergandingan dengan diiringi ibu Lisa sendiri yang berjalan di depan mereka. Pada mulanya, rakan SS hanya memikirkan Yusry dan Lisa sekadar berkawan rapat saja sesama rakan artis tapi insiden yang berlaku ketika dalam panggung memberikan persepsi sebaliknya.

Depan mata rakan SS sendiri, Yusry dilihat memegang erat tangan Lisa yang mungkin ketakutan bila menonton salah satu babak yang meremangkan bulu roma dalam filem seram itu. Reaksi Yusry itu seperti seorang kekasih yang menenangkan pasangannya yang ketakutan seperti senario biasa yang dilihat membabitkan pasangan yang hangat bercinta.

Adakah Lisa Surihani kecewa apabila melihat gambar Shaheizy Sam berpelukan mesra dengan Nora Danish baru-baru ini lantas cuba mengubati hatinya kepada Yusry KRU? Kalau berita ini benar, adakah anda rasa peminat Lisa Surihani dan Yusry KRU akan merestui perhubungan mereka? Apa pendapat anda?

P.S: Abang Nara rasa hubungan mereka berdua tak lebih seperti abang dan adik je. Ini pendapat Abang Nara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...