Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(GOSIP)Linda Jasmine Arah Que Haidar Berhenti Berlakon?

que haidar linda jasmine

Panas, panas dan memang panas seperti air yang baru dijerang. Kami terbau-bau yang gosip nie adalah gosip tipu semata-mata tapi kami nak kongsi jugak. Nama pun gosip kan? Nak tau betul ke tak kena tunggu Que atau Linda Jasmine bagi kenyataan. Buat masa nie, sila jangan percaya gosip ini.

Advertisement

Khabarnya kerana kejelesan yang teramat sangat, Linda Jasmine dah arahkan Que Haidar agar berhenti dan melupakan terus dunia lakonan. Dengar ceritanya Que dah tak boleh terima apa-apa tawaran berlakon dah sekarang nie. Paling tak logik, Que sekarang dah jadi seorang pengurus di kilang baja kat Kuala Lumpur. Nampak sangat tipu kan?

Untuk menambahkan kesedapan cerita gosip nie, Que menangis di telefon ketika mengadu mengenai perkara itu kepada pengarah, Afdlin Shauki, baru-baru ini. dengar cerita Que turut terpaksa menolak pelawaan Mamat Khalid membintangi filem terbaru arahannya.

Kami di BeautifulNara percaya 100% yang gosip nie telah direka oleh budak sekolah darjah 6 yang baru habis UPSR. Nak buat gosip pun janganlah sampai jadi pengurus kilang baja. Nampak sangat ketaklogikannya kat situ. At least jadilah pengurus kedai LV ke, bukak butik baju ke. Nampak skit ada kaitan. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top