January 10th, 2012

Panas juga gosip yang disampaikan oleh blog Dapur Kak Jee ini. Menurut penulis itu, seorang rakannya memberitahu yang Jejai dan Fasha sudah bernikah di negara asing belah utara, tetapi terpaksa dirahsiakan dari banyak pihak atas sebab tertentu. Khabarnya juga, mereka sudah bernikah beberapa bulan lepas tetapi pemberi informasi tidak ingat secara tepat tarikhnya. Tulis Kak jee yang merupakan seorang bekas wartawan:-

Semalam, Kjee ada post entry suruh dia cepat nikah dengan kekasihnya Jejai sebab dah boring sangat asyik baca story dia dan Jejai, kejap cinta kejap putus. Pastu cinta balik. Dan tetiba ada cerita pulak nak nikah.

And then, Kjee dapatlah citer seorang rakan FB kata mereka sudan kahwin. Kahwin? Kjee garu kepala. Kahwin? Kahwin ke nikah?

Hehehe ketawa dia. Dah nikahlah Kjee, kata teman tu. Isyhhh walaupun wartawan pencen tetapi hati naluri ni masih ada perasaan ingin tahu. Kemudian Kjee dapatlah citer tetapi taklah banyak sebab fren FB tu kata nanti dia tanya lagi mereka yang lebih tahu mengenai pernikahan itu. Depa nikah dah banyak bulan tapi tak ingat tarikh, katanya.

Jeng jeng jeng dia confirm yang FASHA DAN JEJAI SUDAH NIKAH di Thailand beberapa bulan yang lalu!! Nikah senyap2 sebab ada masalah. Kjee kata masalah keluarga ker sebab setahu Kjee, ibu Jejai tak suka Fasha! Opppsss maaf lah yer.

Fren FB tu kata sikit lebih kurang macam tu lah. Kononnya pasangan pengantin baru tu sedang berusaha mencari jalan mengatasi masalah keluarga itu. Itu menyebabkan Fasha susah sangat nak buat pengumuman. Maklumlah, bab2 keluarga ni amat sensitif.

Dan yang syoknya Kjee quote and unquote apa fren tu tulis semalam kat wall FB Kjee. Jangan korang nak cari sebab Kjee dah padam atas sebab2 tertentu.

Katanya sikit lebih kurang begini: “Kalau Jejai ada kat rumah Fasha, kereta Jejai akan ditudung (dengan cover kereta kot). So kalau nak tahu Jejai ada, intai2lah kereta2 kat dalam kawasan rumah Fasha..”

Oppsss kalau dah sah nikah (walaupun di Thailand, nikah tu sah kalau ada surat nikah), kenapa sampai nak sorok2 lagi kan? Biarlah kan? Tak payah sorok2. Buatnya ada yang nampak dan report kat pencegah maksiat, kan jadi hal pulak. Tapi kalau geng pencegah maksiat datang, pasti terkejut beruk muka mereka apabila Fasha dan Jejai keluarkan surat nikah.

Kepada Fasha dan Jejai, Selamat Pengantin Baru seandainya benar berita yang Kjee terima itu. Kami semua mendoakan agar Allah swt permudahkan usaha kalian untuk menjernihkan hubungan kekeluargaan selepas sah menjadi suami isteri. Restu keluarga terutama sekali ibu terlalu penting dalam sesebuah perkahwinan.

Tak tahu sama ada berita ini betul atau tidak, kalau betul, baguslah tu dan tahniah diucapkan. Pasangan ini juga kebelakangan ini semakin kerap muncul di khalayak ramai dan kelihatan begitu mesra sekali.


60 responses to “(GOSIP)Jejai Dan Fasha Sudah Bernikah?”

  1. sedara jejai says:

    diorang ni dah romen merata ceruk dah.. elok cepat la menikah.. jejai dgn nora pun selalu gi oversea walaupun selepas bercerai bermadu asmara.. ada padi semua jadi..

    • bujang says:

      Kalau gitu dua2 jadikan isteri abih citer…..
      idup kita ni hanya sementara…..
      Fasha dan Nora hiduplah berbaik2….jika boleh buat gitu… fuhhhh anda insan mulia disisi Allah.
      Hidup dalam poligami dan bina hidup berkeluarga berlandaskan ugama dan keimanan.
      Tinggalkan apa yg. x elok dulu.
      Jejai pulak kenalah dekatkan diri dgn. Allah…
      bimbing kedua isteri kejalan yg. diredai.
      Selamat dunia akhirat….hapuskan persengketaan.

  2. honey says:

    sinceheboh fasha sandha dikatakan nak kawen.ada khabar angin yg mengatakan..fs tgh preg.just amek langkah mendiamkan diri..bcoz..we not sure about that..3 perkara yang kita x boleh tangguhkan kena ingat selalu..salah satunya..berkahwin..so fasha n jejai..mmg patut segerakan perkahwinan supaya x jadi uah mulut org…if betul sekali pun apa yg dikatakan org ttg fs tuh…like i said just now…silent is the best way for us…pintu taubat sentiasa terbuka…give peluang tuk diorg brbh…like diana amir..;)so pretty when dahberjilbab..seri wajah pun dahmain terselah..

  3. adoyai!!!! says:

    adoyai……chipsmore btul ler si sendat n laki sendat nie. Jgn simpan lama2, nti jadi pekasam..kalau dibuka, bau nya semerbak….hu3, benda baik x bgus kalo dirahsiakan, kan!kan!kan. Ala….kan dh kwen dh, watpe nak sorok???Time lum kwen, pegang2, berfoya sana sini pon tak sorok. Tapi bab2 kwen nak sorok….he3. Lama2 fmly pon tau jgak….xkan dh mgandung bru bgtau dh nikah…cegini, cegitu…

  4. Reena says:

    Nikah pun nak sembunyi..(kalo betul)..besok bila dah boyot, dan2 mengaku dah kawin..cth dah byk..joli sakan sana sini tak reti lak sembunyi..motip..nasib la duit jejai byk..tu yg sengal ni tahankan jer..kalo tak..adios vamos.

Loading...