(GOSIP)Daphne Iking Hadiri Kursus Kahwin, Bakal Berkahwin Tak Lama Lagi?

Hiburan

(GOSIP)Daphne Iking Hadiri Kursus Kahwin, Bakal Berkahwin Tak Lama Lagi?

daphe iking

Ini berita hangat daripada oven. Tapi kesahihannya tidak dapat disahkan lagi. Abang Nara baru mendapat email yang menyatakan ada manusia yang ternampak Daphne Iking menghadiri kursus kahwin di Sabah minggu lepas. Daphne Iking khabarnya berselendang tetapi masih ramai yang mengecamnya. Apakah maksud semua ini?

Advertisement

Namun mereka-mereka yang hadir di kursus kahwin tersebut tak berani menegur Daphne Iking sebab mungkin kesemuanya dalam kehairanan. Iyerlah, apa motif Daphne Iking yang bukan seorang Islam menghadiri kursus kahwin? Pelik tapi penghantar email tersebut dengan yakinnya menyatakan wanita tersebut sememangnya Daphne Iking.

Maka Abang Nara pun buat kajian sedikit. Dan sememangnya memang benar Daphne Iking sekarang berada di Sabah. Tapi dari Twitter Daphne Iking tidak pulak dimaklumkan tentang pemergiannya ke kursus kahwin. Adakah Daphne Iking akan berkahwin dan memeluk agama Islam tidak lama lagi? Hanya Daphne yang tahu jawapannya.

Kalau benarlah berita ini, Abang Nara gembira sebab bertambah seorang lagi umat Islam. Tak sabar pulak rasanya nak tahu siapakah bakal suami Daphne Iking ini. Misterinya!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...