(GOSIP)Ashraf Muslim Rancang Majlis Resepsi Dengan Wan Sakinah?

Hiburan

(GOSIP)Ashraf Muslim Rancang Majlis Resepsi Dengan Wan Sakinah?

Belum reda kisah perkahwinan kedua selebriti Ashraf Muslim dengan seorang wanita bernama Wan Sakinah, wanita itu diberitakan sudah mengandung. Walaupun pada mulanya ia dinafikan oleh Ashraf, akhirnya beliau mengakui isteri keduanya itu telah berbadan dua setelah Wan Sakinah sendiri memuat naik gambar ubatan untuk bakal ibu di Instagram. Ashraf sangat gembira dengan sehingga khabarnya tidak sabar untuk pulang ke Kuala lumpur semasa sedang berbulan madu dengan isteri pertama di Sabah.

Hari ini portal Murai melaporkan, sudah terdengar berita yang pasangan ini sedang merancang sebuah majlis persandingan atau resepsi di Ipoh November ini. Mungkin sebelum ini mereka berdua hanya berkahwin di Thailand dan tidak melaksanakan majlis perkahwinan secara lengkap dengan persandingan, oleh itu mengambil keputusan untuk melaksanakan majlis resepsi pula?

Kalau betul berita ini, diharapkan semuanya berjalan lancar. Pasti ramai yang tak sabar hendak melihat apakah tema warna majlis resepsi Ashraf dan Wan Sakinah yang mengenakan busana warna coklat di hari pernikahan,tak gitu?

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...