(GOSIP)Artis Wanita Layan 5 Lelaki Sekaligus?

Hiburan

(GOSIP)Artis Wanita Layan 5 Lelaki Sekaligus?

wondergirls

Terus terang Cik Normah nak cakap, macam mana sesetengah pelakon atau penyanyi wanita boleh hidup serba mewah sedangkan pencapaiannya tidak seberapa? Bukan saja Cik Normah, orang yang berakal pun selalu fikir secara logiknya macam mana mereka boleh mempunyai kereta besar dan berjenama, tinggal di tempat eksklusif, makan di tempat mahal-mahal dan pakaian pakaian berjenama terkenal.

Advertisement

Jadi, satu hari hampir tersedak seketika Cik Normah apabila seorang teman baik tiba-tiba membisikkan khabar hangat pasal perkara ini ke telinga Cik Normah. Yalah, siapa yang tidak tersentak apabila diberitahu, ada pelakon yang pasang lima lelaki kaya sekali gus?

Cik Normah memang pernah dengar cerita, ada di kalangan pelakon kita yang ditaja atau dibela oleh orang kaya. Kononnya, kalau pelakon itu cantik jelita dan nama pula agak popular, maka ada VIP atau lelaki kaya yang cuba merapati.

Kalau nasib baik, dapatlah pelakon atau penyanyi tadi tadi bersenang lenang seketika dengan kemewahan yang dilimpahkan kepadanya.

Betul atau tidak kisah sedemikian, Cik Normah tidak berani hendak sahkan sebab pelakon yang dimaksudkan oleh rakan Cik Normah itu belum berani menayangkan kemewahan bersama penaja secara terbuka.Setakat berkepit manja macam itu, pernah juga Cik Normah ternampak.

Tetapi, kes terbaru yang disampaikan kawan Cik Normah tadi memang buat Cik Normah geleng kepala. Sebelum ini Cik Normah dengar, pelakon atau penyanyi perempuan selalunya berkepit dengan seorang VIPsaja pada satu-satu masa. Tapi apabila sampai lima penaja, itu sudah kira sejarah baru tercipta.

Khabarnya, apabila hadir ke lokasi penggambaran, si pelakon perempuan ini akan datang dengan kereta mewah yang lain, berserta pegawai peribadinya sekali. Balik pula, dia dijemput kereta mewah jenis lain pula, dengan pemandu lain juga. Cik Normah juga yang asyik turun naik tren dan teksi. Suami Cik Normah pun jarang jemput Cik Normah balik atau hantar pergi kerja sebab dia pun dengan tugasnya.

Masalahnya, Cik Normah tengok pelakon perempuan itu taklah hebat mana pun. Kalau disebut namanya, ramai yang boleh jadi terpinga-pinga. Namanya pun seperti baru saja hendak bertapak. Orang macam ini sebenarnya boleh merosakkan imej pelakon perempuan lain yang menceburi bidang seni dengan niat yang jujur, bukan menjadi tempat untuk mendapatkan kemewahan dengan mudah.

P.S: Apo nak jadi ngan artis wanita Malaysia nie. Orang jadilah kaya sebab memang pandai berlakon. Ini kaya sebab pandai ngorat VVIP. Kang kena balun ngan bini VVIP baru tau.

#Sumber dari Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...