(GOSIP)Zizie Ezette Dah Berkahwin Dengan Bung Mokhtar?

Hiburan

(GOSIP)Zizie Ezette Dah Berkahwin Dengan Bung Mokhtar?

zizie ezette bung mokhtar

Tiba-tiba nama Bung Mokhtar meletup macam lagu Adam dan Stacy. Siapa Bung Mokhtar nie? Nama penuhnya ialah Dato’ Bung Mokhtar Radin dan beliau ialah ahli parlimen Kinabatangan. Namanya menjadi hangat secara tiba-tiba kerana khabarnya dia dan Zizie Ezette dikatakan sudah berkahwin minggu lepas.

Advertisement

Kami cuba menahan gelak tetapi gagal apabila mendengar jawapan Bung Mokhtar mengenai gosip perkahwinan beliau dengan Zizie Ezette. Alasan yang pendek tapi cukup padat dan mampan:-

[note]Saya tak cukup kacak untuk beliau (Zizie Ezette)[/note]

Cuba korang tengok sikit gambar Bung Mokhtar kat bawah nie. Tak cukup kacak ker? Hensem je kami tengok dia.

bung mokhtar radin

Walaupun menafikan perkara nie, yang peliknya beberapa ahli parlimen telah mengesahkan menerima kad jemputan majlis resepsi perkahwinan Zizie Ezette dan Bung Mokhtar malam semalam. Tapi tempat majlis tue dibuat dirahsiakan la plak. Kalau tak leh gak kami pergi serbu semalam.

Ibu kepada Zizie jugak turut serta menafikan gosip perkahwinan anaknya nie.

[note]Saya menafikan sekeras-kerasnya, perkara ini tak betul.”Mereka baru ingin kenal hati budi masing-masing dan Zizie ketika ini juga sedang sibuk di lokasi drama. [/note]

Untuk pengetahuan anda, Bung Mokhtar sudah pun berumah tangga. Jadi kalau betullah Zizie nie kawin dengan Bung Mokhtar, maka Zizie akan hidup bermadu la. Tapi takper sebab jadi madu muda yang disayangi dan dikasihi lebih.

Kalau betullah Zizie sudahpun bernikah dengan Bung Mokhtar, kami dari BeautifulNara mengucapkan jutaan tahniah. Mungkin ada sebab Zizie merahsiakan hal nie. Maklumlah, hati orang lain kena jaga jugak kalau hidup bermadu nie. Tak gitu?

Sumber berita dari Mstar.

P.S: Kami suka tengok Zizie Ezette. Gebu, licin dan putih betul kulit dia. Beruntung Bung Mokhtar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...