(GOSIP)Yasmin Hani Bercinta Dengan Yusry KRU?

Hiburan

(GOSIP)Yasmin Hani Bercinta Dengan Yusry KRU?

yasmin hani bercinta dengan yusri kru

Mungkinkah Yasmin Hani dan Yusry KRU akhirnya telah menjumpai pengganti cinta untuk diri masing-masing ? Seorang pembaca BeautifulNara telah menghantar email kepada kami yang menyatakan dia telah terserempak baru-baru ini dengan Yasmin Hani dan Yusry KRU di Midvalley Megamall. Peristiwa terjadi di eskalator di mana Yusry KRU dengan style memakai topinya turun terlebih dahulu diikuti dengan Yasmin Hani. Dilaporkan yang muka kedua-duanya agak ketat dan masam. Mungkin baru lepas bergaduh manja?

Advertisement

Tapi kami taknak serkap jarang. Mungkin juga Yasmin Hani dan Yusry KRU bertemu di Midvalley untuk membincangkan projek filem terbaru terbitan KRU. Berkemungkinan besar yang Yusry ingin melamar Yasmin Hani menjadi heroin dalam filem terbarunya. Atau mungkin mereka berdua terserempak masa tengah bershopping. Daripada shopping berseorang, baik shopping berdua kan?

Apa-apa pun kalau betul Yasmin Hani dan Yusry KRU bercinta pun tak ada apa yang salah. Dua-dua pun single mingle. Dua-dua pun sama cun dan sama kacak. Dua-dua pun ada nama. Kiranya memang matching habis la. Kami rasa peminat Yasmin Hani dan peminat Yusry KRU pun takkan rasa bengang kalau diorang dua nie couple. Tak gitu?

Apa-apa pun doakanlah yang terbaik buat Yasmin Hani dan Yusry.

P.S: Ingat lagi tak video pertama Abang Nara menyelit dalam Projek Alpha 2? Terlupa nak bagitau korang yang sebenarnya ada 7 episod Abang Nara menyelit dalam video-video Projek Alpha. Yang kata atas tue episod kedua dan episod ketiga. Semua video ada kesinambungan dia. Pastikan korang layan video-video nie untuk melihat kekacakan Abang Nara. Projek Alpha 2 dibawakan oleh Adidas Action 3, P1 Wimax dan juga MAS Airlines.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...