Tidak semena-mena, nama pelakon Idzham Ismail terkait dengan gosip yang melanda aktres Shakilla Khoriri yang didakwa mempunyai hubungan dengan suami orang sebelum ini.
Maklum dengan spekulasi yang dikaitkan dengan dirinya itu, Idzham tampil membuat penjelasan di mana dia menafikan dakwaan tidak berasas terbabit.
Orang itu bukan saya, Mungkin sebab nampak persamaan dari segi bentuk wajah, tinggi dan badan disebabkan mukanya dikaburkan.
Ada beberapa video yang dimuat naik di sosial media telah kaitkan nama saya. Jadi lebih baik saya jernihkan keadaan dan beritahu individu itu bukan saya.
Pada mulanya, Idzham memilih untuk mengabaikan sahaja gosip berkenaan namun setelah ‘dipetik’ beberapa kali, dia terpaksa tampil untuk memberi kenyataan.
Namun begitu, gosip tersebut tidak memberi kesan terhadap rumah tangganya bersama isteri, Siti Nur Nabilah Shamsuddin.
Dia pun nasihatkan saya supaya tidak ambil serius tentang hal ini. Cuma perlulah betulkan keadaan supaya tidak berlarutan.
Terdahulu, tular mengenai foto pelakon Shakilla Khoriri yang bergambar mesra dengan seorang lelaki dipercayai suami orang.
Namun begitu, Shakilla menafikan perkara tersebut dan mendakwa lelaki itu hanyalah teman sekerjanya.