Gosip Neelofa Kahwini Kerabat Diraja Mungkin Ada Kebenarannya – Hans Isaac

Hiburan

Gosip Neelofa Kahwini Kerabat Diraja Mungkin Ada Kebenarannya – Hans Isaac

Bekas kekasih Neelofa, Hans Isaac akhirnya bersuara mengenai desas-desus perkahwinan pelakon tersebut dengan kerabat diraja Kelantan yang kini tersebar luas. Walaupun pihak istana sudah membuat penafian dan Neelofa sendiri enggan memberikan sebarang komen, Hans Isaac berpendapat gosip ini sedikit sebanyak ada kebenarannya. Dalam erti kata lain, mungkin betul Neelofa akan berkahwin dengan kerabat diraja Kelantan. Jeng, jeng, jeng.
hans isaacSelaku orang lama dalam industri hiburan, Hans Isaac ada teorinya yang sendiri mengenai gosip ini. Kata Hans menerusi Mstar Online:-

Saya baru tahu tentang gosip ini sebab beberapa bulan ini saya tidak sempat untuk membaca surat khabar kerana terlalu sibuk dengan pementasan semula teater Supermokh Sebuah Muzikal.

Tetapi saya akui terkejut dengar berita ini kerana setahu saya, ketika kami berkawan dia sering kata tidak akan rapat atau berkahwin dengan golongan kerabat.

Bagi saya gosip ini sedikit sebanyak ada kebenarnya kerana kalau tidak benar bagaimana berita itu boleh keluar?

Orang istana memang selalu menafikan perkara-perkara begitu dan kalau tidak benar kenapa dia (Neelofa) meminta untuk komen perkara itu selepas dua bulan.

Advertisement

neelofa

Sebenarnya Abang Nara selaku ada sedikit darah orang Kelantan agak ‘stress’ juga dengan gosip ini. Nak juga tahu kebenarannya. Betul ke tidak. Saudara mara Abang Nara yang kat Kelantan siap mesej Abang Nara nak tahu adakah benar Neelofa nak kahwin dengan kerabat diraja mereka. Jawapan Abang Nara ialah “hanya Tuhan saja yang tahu”. Moga-moga dalam masa terdekat ini segala persoalan akan terungkai. Kesian rakyat Kelantan tertanya-tanya. Tak gitu?

P.S: Poster provokasi kekejaman Gaza ke atas negara lain

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...