Baru-baru ini, seseorang telah menulis di Forum Cari bahawa pelakon dan pengacara Fouziah Ghous mengenakan pakaian tipis sehingga nampak pakaian dalam sewaktu mengacara untuk Nona Ahad lepas. Melalui mStar Online, Fouziah menafikan dakwaan tersebut.
Dia juga menganggap gosip itu sengaja disensasikan. Ujarnya:
Jujurnya saya tidak tahu isu pakaian berkenaan hebat diperkatakan kerana saya tidak membaca blog atau pun forum kerana blog dan forum sengaja mencipta atau mencari sesuatu perkara untuk disensasikan.
Menurutnya dia dan krew produksi Nona sentiasa peka dengan pemilihan pakaiannya sepanjang mengacarakan Nona, termasuk memastikan ia tidak keterlaluan sehingga menjolok mata. Fouziah menambah dia juga sentiasa memakai singlet pada setiap pakaiannya termasuk penampilannya yang dikritik pada program itu Ahad lalu.
Saya tidak rasa nampak pakaian dalam kerana saya memakai singlet dan jika penampilan saya itu tidak sesuai pasti sudah ditukar oleh pihak produksi yang sentiasa peka terhadap aspek pemakaian.
Sebab itu saya kata isu itu sengaja diada-adakan kerana sepanjang mengendalikan Nona pihak produksi memang meneliti apa yang akan saya pakai tambahan pula penerbit saya pun seorang wanita yang bertudung.
Dia juga enggan melayan gosip tersebut yang dianggapnya sebagai tidak berfaedah.
Lebih baik saya fokus kepada kerja yang ingin saya lakukan daripada melayan gosip seperti itu.
Kami tidak menonton Nona Ahad lepas tapi kalau dilihat gambar di atas nampak pakaian itu biasa saja dan tidak menjolok mata. Tapi mata sesetengah orang kadang kala mempunyai pandangan tembus sebegitu. Apa pun. diharap gosip ini tidak melemahkan semangat Fouziah untuk terus mengacara Nona.
Hi! let’s join the Festival of ASEAN Cultural Expressions 2015 on 15-20 October, at NU Sentral, Kuala Lumpur.You will…
Posted by Festival of ASEAN Cultural Expressions 2015 – 15-20 Oct 2015 on Tuesday, 22 September 2015