Perkhabaran ini tidak dapat dipastikan, namun mengikut beberapa sumber yang ada di Balai Polis Ampang pada kira-kira jam 1 petang hari ini, Fasha Sandha dikatakan telah hadir ke sana untuk membuat laporan polis. Dimaklumkan bahawa Fasha tiba bersama peguamnya untuk membuat laporan terhadap bekas suaminya, Jejai kerana sering memasuki rumah kediamannya tanpa kebenaran.
Untuk makluman, Fasha Sandha dan Jejai telah pun sah bercerai pada bulan Januari lalu dengan talak satu. Menurut sumber juga, Jejai dikhabarkan sering memantau pergaulan Fasha Sandha walaupun selepas hubungan mereka sebagai suami isteri tamat. Dikatakan Jejai sering memarahi dan mengugut kawan-kawan yang keluar bersama Fasha. Mungkinkah itu perasaan cemburu? Adakah Jejai masih menyayangi dan mencintai Fasha?
Kadangkala apabila perpisahan terjadi antara suami isteri, memang akan ada fasa sebegini. Biasalah hati masih sayang. Kenangan yang dibina sekian lama tak akan mudah terhapus begitu sahaja. Abang Nara percaya dalam hati Jejai dan Fasha, masih ada kasih sayang antara mereka. Apa pun, Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada Fasha Sandha atau Jejai tentang desas-desus ini. Sama ada ia benar atau palsu, sama-sama kita nantikan.