Ramai yang terkejut apabila aktres Tasha Shila didakwa sebagai salah satu selebriti wanita tempatan yang menjadi “escort girl†kepada golongan VVIP di Malaysia.
Dakwaan tersebut agak pelik kerana orang ramai mengetahui Tasha sudah mempunyai seorang kekasih bernama Han yang merupakan seorang peninju Muay Thai.
Walaupun sedang dihimpit kontroversi panas, hubungan percintaan Tasha dan kekasihnya itu tidak tergugat dan seringkali bersama beliau kemana sahaja.
Hubungan Tasha dan kekasih tidak tergugat dengan benda-benda macam ini. Setiap 24 jam dia akan bersama Tasha sampai orang meluat tengok.
Buat masa ini pelakon drama Tabir Zulaikha ini tidak mahu memberikan sebarang komen dan menyerahkan segala urusan kepada peguam.
Kami setuju dengan tindakan Tasha Shila yang enggan memberikan sebarang komen kerana ia mungkin akan memburukkan lagi keadaan. Apa yang penting orang yang beliau cintai dan sayangi tetap menyokong beliau daripada belakang dan mempercayainya.