Gosip Bercinta Dengan Emma Maembong Cukup Kelakar – Kamal Adli

Hiburan

Gosip Bercinta Dengan Emma Maembong Cukup Kelakar – Kamal Adli

Abang Nara pun sebenarnya pelik, misteri dan curious apabila Kamal Adli didakwa sebagai kekasih baru Emma Maembong setelah ‘putusnya’ cinta si jelita itu dengan Zizan Razak. Kenapa Kamal Adli? Kenapa bukan Abang Nara? Mementanglah Kamal Adli baru putus cinta dengan Intan Ladyana. Terus je dikaitkan dengan Emma Maembong. Nasib baiklah gosip tersebut tidak betul.  Zizan dan Emma masih bahagia bercinta, Kamal Adli masih mencari pengganti.

kamal adli

Advertisement

Menurut Kamal Adli, gosip kali ini adalah amat kelakar dan cukup gempak buat dirinya. Kata Kamal:-

Ini merupakan gosip paling gempak kerana secara tiba-tiba nama saya naik. Saya tahu pun setelah diberitahu oleh pihak produksi berhubung kontroversi ini. Namun saya enggan terlalu memikirkan kerana menganggap ianya sebagai gosip comel untuk penutup tahun 2014.

Mungkin saya tengah single dan kebetulan saya menjalani penggambaran bersama mereka membuatkan nama saya dikaitkan. Di mata saya mereka kelihatan seperti tiada sebarang masalah dan saya tidak tahu menahu jika mereka berpisah atau sebagainya.

Banyak lagi kerja saya nak buat daripada mengambil Emma di lapangan terbang serta lari dari lokasi penggambaran. Malah Emma juga merupakan teman wanita orang. Jadi gosip ini bagi saya cukup kelakar

emma maembong

Entahnya daripada habiskan masa pergi airport ambil Emma Maembong lebih baiklah Kamal Adli tumpukan perhatian pada lakonan. Tak pun pergi try ngorat awek lain. Bersabar Kamal Adli. Biasalah gosip-gosip sebegini. Sekali sekala dicuit membawa makna anda masih diingati dan relevan dengan industri tanah air. Tak gitu? Sumber portal GUA.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...