(GOSIP)Awal Ashaari Dan Scha Bercinta?

Hiburan

(GOSIP)Awal Ashaari Dan Scha Bercinta?

awal scha

Angin bayu sepoi-sepoi bahasa telah membawakan berita kepada kami yang kononnya Awal Ashaari dan Scha Al Yahya sekarang tengah masyuk bercinta. Dibantu pulak dengan kenyataan Fahrin Ahmad yang nampaknya masih makan hati dengan Scha, nampak gayanya memang ada kemungkinan 2 insan ini sedang memadu asmara.

Advertisement

Cuba dengar sikit apa yang Fahrin cakap bila ditanya tentang punca sebenar perpisahan yang terjadi antara dia dan Scha:-

[note]Biar orang nak cakap apa, lambat-laun orang akan mengetahui kebenarannya, benda dah ada depan mata. Jika anda berada ditempat saya, anda akan rasa seronok dan tertarik dengan permainannya. [/note]

Untuk hangatkan suasana, ada seseorang telah bertanya adakah Awal jadi punca perpisahan mereka berdua? Ini jawapan Fahrin sambil tersenyum:-

[note]Kamu carilah sendiri, saya tidak mahu cakap siapa dia. Tapi kalau nak tahu, ikuti perkembangan dia (Scha) dan carilah dia dengan siapa sekarang. [/note]

Bertambah komplikated cinta 3 segi nie bila Awal pun baru-baru nie pun turut sama membuat kenyataan:-

[note]Saya akui saya berkawan rapat dengan Scha, saya senang berkawan dengan dia sebab dia memahami. Saya tidak ramai kawan jadi dia tempat saya mengadu dan saya tempat dia mengadu, kami sama-sama jadi tempat meluahkan perasaan sama ada masalah kerja ataupun peribadi. Dia sedang melalui satu saat yang sukar, saya sebagai kawan perlu ambil berat namun itu tidak bermaksud saya cuba ambil kesempatan terhadap dia.[/note]

Mula-mula kawan dulu, lama-lama nanti bercinta la tue. Kami taknak salahkan sesiapa dalam kes cinta 3 segi nie. Bagi kami senang jer, kalau dah jodoh tak ke mana. Mungkin Fahrin bukan yang terbaik untuk Scha. Dan mungkin satu hari nanti Fahrin akan berjumpa yang lebih baik dari Scha untuk dijadikan isteri. Siapa tahu kan?

Untuk mengakhiri gosip ini, terimalah kenyataan terakhir dari Awal Ashaari yang tak menafikan dia bisa jatuh cinta dengan Scha:-

[note]Bagi pandangan seorang lelaki, Scha mempunyai pakej yang lengkap dan sempurna untuk menjadi kekasih. Dia cantik dan baik. Jika perasaan timbul antara kami itu tidak salah, saya single dia pun single. Tapi biar perasaan itu datang secara semula jadi. Kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Saya tidak akan sorok kalau kami bercinta, saya ingin orang ramai tahu jika kami betul bercinta. [/note]

Harap Awal betul-betul berpegang dengan kata-kata untuk bagitau kat semua orang kalau betul dia bercinta ngan Scha. Jangan tetiba kantoi gambar pergi berdating barulah sibuk nak mengaku.

All the best buat mereka bertiga. Khas untuk Scha, susah-susah sangat amik jer Bang Nara nie jadi pakwe anda. Hahaha (ini hanya lawak selingan sahaja).

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...