(GOSIP)Artis Realiti TV Bermata Galak Bakal Berkahwin Dengan Datuk?

Hiburan

(GOSIP)Artis Realiti TV Bermata Galak Bakal Berkahwin Dengan Datuk?

kawin datuk

Kami rasa kami tau siapa tapi disebabkan sekarang musim zaman-menyaman, kami rasa takut nak bubuh nama artis yang terlibat nie.  Ini adalah gosip yang dikeluarkan oleh Harian Metro semalam. Kami dah boldkan beberapa hint yang penting.

Advertisement

[note]Terbaru, artis kecil molek bermata galak yang khabarnya sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan dengan seseorang berstatus Datuk.

Menurut seorang teman rapat SS, artis wanita yang lahir dari program realiti popular dan sempat membintangi sebuah filem ini merancang mengakhiri zaman daranya sekitar pertengahan tahun ini.

Namun, apa yang mengejutkan SS, artis wanita yang sememangnya memiliki wajah kesayangan mentua kerana penampilannya yang sopan, khabarnya tidak kisah hidup bermadu.

Kalau tidak silap sebagaimana dimaklumkan teman rapat SS tadi, artis wanita itu mungkin isteri ketiga atau keempat Datuk yang dimaksudkan. [/note]

Kalau betullah artis yang dimaksudkan di atas adalah artis yang kami teka (rasanya anda semua pun dah leh teka sapa kot), memang kami kecewa sangat-sangat. Kenapa nak berkahwin dengan suami orang? Takkanlah tak ada ada anak teruna kat Malaysia nie dah. Dah la hidup bermadu pulak tue. Bukannya tak boleh tapi …. Faham-fahamlah sendiri.

Adakah artis Malaysia sekarang nie lebih mementingkan kekayaan dari segi harta benda daripada kebahagiaan hidup? Pening kepala kami. Tapi kalau benar-benar jatuh cinta, dapat restu isteri-isteri lain, kawin ajerlah. Tunggu la nanti keluar ayat klise “Dah jodoh saya“. Menyampah I ~~~

P.S: Gambar di atas sekadar gambar hiasan, tidak ada kaitan dengan gosip ini.

P.P.S: Rasanya dulu artis realiti TV nie pernah dikaitkan dengan suami orang. Tapi dia dah nafikan dah. Kita tunggu penafian gosip yang nie pulak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...