Google Senarai Hitam Huawei, Peranti Huawei Akan Datang Tidak Dapat Kemaskini Android

Teknologi

Google Senarai Hitam Huawei, Peranti Huawei Akan Datang Tidak Dapat Kemaskini Android

Google telah menggantung kerjasama dengan Huawei dari aspek pemindahan teknologi perkakasan, perisian dan perkhidmatan teknikal (kecuali yang tersedia secara umum di bawah lesen sumber terbuka), seperti yang diberitahu oleh sumber kepada Reuters. Ia dijangka satu tamparan buat syarikat teknologi China itu yang sedang diusahakan untuk disenarai hitam oleh kerajaan Amerika Syarikat di seluruh dunia.

Seorang jurucakap Google berkata, syarikat itu “akur kepada arahan (penggantungan) dan sedang mengenal pasti impikasi yang timbul”.

Advertisement

Ia boleh menggangu perniagaan telefon pintar Huawei di seluruh dunia kecuali China kerana gergasi teknologi China itu akan kehilangan akses kemaskini kepada sistem pengoperasian Android milik Google. Versi akan datang telefon pintar Huawei yang menggunakan Android akan kehilangan akses kepada perkhidmatan popular seperti Google Play Store dan aplikasi YouTube. Menurut sumber:

Huawei hanya akan dapat menggunakan Android versi umum dan tidak memiliki akses kepada aplikasi dan perkhidmatan milik Google.

Pentadbiran Trump pada Khamis telah menambah Huawei Technologies Co Ltd dalam senarai hitam perdagangan, dan dengan serta merta melaksanakan sekatan yang menyukarkan Huawei untuk berurusan dengan syarikat AS.

Maklumat spesifik perkhidmatan yang terkesan dengan arahan penggantungan itu sedang dibincangkan di Google, menurut sumber. Peguam Huawei juga sedang mengkaji impak senarai hitam tersebut, kata seorang jurucakap Huawei pada Jumaat. Huawei tidak dapat dihubungi untuk memberi ulasan lanjut.

Aplikasi Popular

Huawei akan terus memiliki akses kepada sistem pengoperasian Android yang tersedia melalui lesen sumber terbuka, dikenali sebagai Android Open Source Project (AOSP) yang boleh didapati secara percuma oleh siapa saja yang ingin menggunakannya. Terdapat lebih 2.5 bilion peranti yang menggunakan Android di seluruh dunia, menurut Google.

Tetapi Google akan berhenti menyediakan kepada Huawei akses, sokongan teknikal dan kolaborasi melibatkan aplikasi miliknya dan perkhidmatan-perkhidmatan akan datang, kata sumber itu.

Huawei pernah berkata ia sudah menghabiskan beberapa tahun membina pelan kontingensi dengan membangunkan sendiri teknologi miliknya sekiranya ia disekat dari menggunakan Android. Sebahagian dari teknologi ini sudah pun digunakan dalam produk yang dijual di China, kata mereka.

Aplikasi popular Google seperti Gmail, YouTube dan pelayar Chrome yang boleh didapati di Play Store milik Google akan hilang dari semua telefon pintar keluaran Huawei yang akan datang, kerana ia tidak diliputi lesen sumber terbuka dan memerlukan persetujuan komersil dengan Google.

Tetapi pengguna peranti Huawei sedia ada yang mempunyai akses kepada Google Play Store masih boleh memuat turun kemaskini aplikasi dari Google. Aplikasi seperti Gmail dikemaskini melalui Play Store, tidak seperti kemaskini sistem pengoperasian yang biasanya disediakan oleh pengeluar telefon dan penyedia perkhidmatan telefon, yang akan terkesan dengan sekatan itu.

Impaknya dijangka minimal dalam pasaran China kerana semua aplikasi mobil Google diharamkan di China, di mana aplikasi alternatif ditawarkan oleh pesaing domestik seperti Tencent dan Baidu.

Perniagaan Huawei di Eropah bagaimanapun akan terkesan kerana aplikasi-aplikasi tersebut kritikal untuk pembuat telefon pintar untuk terus kekal kompetitif di Eropah. –amazingnara.com via Reuters

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...