Google Maps Kini Permudahkan Urusan Orang Cacat Penglihatan Tiba Ke Destinasi

Teknologi

Google Maps Kini Permudahkan Urusan Orang Cacat Penglihatan Tiba Ke Destinasi

Bagi memudahkan perjalanan anda setiap hari, kita akan menggunakan aplikasi Google Maps bagi memudahkan anda mencari tempat yang ingin dituju.

Tetapi kini, aplikasi Google Maps juga boleh dinikmati oleh mereka yang mempunyai cacat penglihatan.

Kini aplikasi tersebut bukan sahaja boleh dinikmati oleh orang biasa bahkan boleh digunakan oleh orang yang mempunyai cacat penglihatan.

Advertisement

Aplikasi ini dapat memudahkan orang yang mempunyai cacat penglihatan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.

Aplikasi Google Maps ini dilengkapi dengan fungsi navigasi suara yang sentiasa mengingatkan mereka bahawa mereka berada di jalan yang betul, memberi amaran jika laluan dihadapan mereka sesak serta memberi arahan untuk membelok jika terdapat selekoh di hadapan mereka.

Google berkata, fungsi ini tersedia di IOS dan Android. Buat masa sekarang ia cuma tersedia dalam bahasa Inggeris di Amerika Syarikat dan bahasa Jepun, di Jepun setakat ini.

Jika anda ingin menggunakan aplikasi ini anda boleh mengaktifkannya di Google Maps settings menu. Syarikat itu mengatakan, sokongan untuk bahasa lain di negara lain sedang dibangunkan.

Semoga perkongsian hari ini dapat membantu kawan-kawan anda yang cacat penglihatan memudahkan urusan mereka setiap hari.

 

Sumber: THE VERGE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...