Bagi memudahkan perjalanan anda setiap hari, kita akan menggunakan aplikasi Google Maps bagi memudahkan anda mencari tempat yang ingin dituju.
Tetapi kini, aplikasi Google Maps juga boleh dinikmati oleh mereka yang mempunyai cacat penglihatan.
Kini aplikasi tersebut bukan sahaja boleh dinikmati oleh orang biasa bahkan boleh digunakan oleh orang yang mempunyai cacat penglihatan.
Aplikasi ini dapat memudahkan orang yang mempunyai cacat penglihatan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.
Aplikasi Google Maps ini dilengkapi dengan fungsi navigasi suara yang sentiasa mengingatkan mereka bahawa mereka berada di jalan yang betul, memberi amaran jika laluan dihadapan mereka sesak serta memberi arahan untuk membelok jika terdapat selekoh di hadapan mereka.
Jika anda ingin menggunakan aplikasi ini anda boleh mengaktifkannya di Google Maps settings menu. Syarikat itu mengatakan, sokongan untuk bahasa lain di negara lain sedang dibangunkan.
Semoga perkongsian hari ini dapat membantu kawan-kawan anda yang cacat penglihatan memudahkan urusan mereka setiap hari.
Sumber: THE VERGE