Google Malaysia Tawar Bantuan Kepada Pengusaha SME

Trending

Google Malaysia Tawar Bantuan Kepada Pengusaha SME

Internet sememangnya satu platform yang sesuai untuk perniagaan kecil berkembang. Dengan kos yang rendah, usahawan boleh meluaskan nama produk mereka untuk pasaran tempatan mahupun ke global. Di China, mereka telah menggunakan platform ini dengan baik bagi mengembangkan perusahaan industri di negara mereka.

Advertisement

Namum hanya 19.6 peratus perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia menggunakan penyelesaian digital bagi menjalankan perniagaan. Menurut Ketua Pemasaran Google Malaysia, Jon Day situasi ini amat merugikan kerana 92 peratus pengguna internet di Malaysia menggunakan carian atas talian bagi mendapatkan maklumat produk dan perkhidmatan yang disediakan di Malaysia.

Bagi meningkatkan produktiviti dan pasaran SME, Google menawarkan beberapa penyelesaian digital secara percuma dan pada harga yang berpatutan.

“Pada asasnya, kami menawarkan dua solusi melalui platform baharu kami. Pertama adalah ‘Google My Business’ yang merupakan penyenaraian percuma kepada perusahaan dalam semua platform Google termasuk Google Search, Google Maps dan Google Plus.

Kemudian kita ada Google Adworks yang menawarkan pengiklanan atas talian yang membolehkan perusahaan melakukan kempen pemasaran kepada pengguna internet yang relevan kepada perniagaan mereka dan membawa pengguna terus ke laman perniagaan mereka,” kata Jon

Google juga akan bekerjasama dengan SME Corp Malaysia bagi memberi bimbingan kepada penguasa bagi membantu mereka bertapak dan mengembangkan perusahaan mereka di atas talian.

“Kita tidak mensasarkan perniagaan tertentu kerana ia adalah solusi bagi semua jenis PKS. Kami percaya dengan strategi perniagaan yang betul kita dapat pastikan perniagaan mereka berkembang menerusi platform kami.

“Apa yang kita perlu lakukan sekarang adalah memastikan pengguna sedar akan kewujudan perkhidmatan dan perniagaan PKS atas talian. Kami juga mencadangkan agar mereka bekerjasama dengan kami supaya mereka dapat membawa pengguna sasar terus kepada perniagaan mereka, ” ujar Jon.

Beliau ditemui pada bengkel penyelesaian digital ‘Go Digital’ anjuran Google yang memaparkan penawaran baharu platform enjin carian itu bagi PKS.

Bengkel tersebut akan diteruskan di Pulau Pinang pada 25 Mei ini dan di Kota Kinabalu pada Jun depan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...