Google Guna Cip Tersendiri Pada Siri Pixel 6

Teknologi

Google Guna Cip Tersendiri Pada Siri Pixel 6

Sebelum ini Google ada memberi gambaran awal yang mereka akan membawakan perubahan ketara dari segi rekaan dan juga dalaman bagi telefon pintar yang akan dikeluarkan mereka tak lama lagi iaitu Pixel 6 dan Pixel 6 Pro. Mesti ramai yang tak sabar kan?

Google Tensor
Menurut laporan Fuzz.my, Google akan menggunakan cip mereka sendiri yang diberi nama Tensor. Bukan tu je, Google juga mendakwa bahawa Pixel 6 ini merupakan siri Pixel yang paling pantas dan selamat dari yang sebelum ini.

Advertisement

Sistem kamera baru yang ada pada kedua-dua siri Pixel 6 ini juga sama dari segi kamera lebar dan ultra lebar, cuma yang membezakan Pixel 6 Pro dengan yang siri biasa adalah kamera telefoto 4x.

Google Pixel 6
Untuk rakaman video pula, Google mendakwa yang telefon pintar mereka kali ini mampu memberikan hasil yang lebih berkualiti berbanding iPhone 12 Pro Max.

Untuk Pixel 6, ia akan didatangkan dengan skrin jenis rata 90Hz yang dilengkapi dengan bingkai logam matte manakala untuk Pixel 6 Pro pula akan hadir dengan skrin lengkung 120Hz dengan bingkai logam glossy.

Walaubagaimanapun, harga jualan bagi siri Pixel 6 ini masih belum diketahui. Jadi, jom kita tunggu sehingga pelancaran yang dijangkakan pada bulan Oktober ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...