Google ‘Clips’ merupakan salah satu product yang dilancarkan oleh Google semasa acara keynote pada 4 October lalu.
Menurut Juston Payne, Product Manager untuk Google Clips. Kamera ini dicipta untuk memastikan pengguna tidak terlepas moment bahagia di dalam hidup. Ia mempunyai AI atau Artificial Intelligence yang mengambil sendiri gambar anda supaya anda boleh menikmati moment indah tanpa perlu bersusah payah mengambil gambar.
Bayangkan anda letakkan sahaja kamera tersebut di atas meja dan kamera tersebut akan mengambil sendiri gambar yang menarik untuk anda. CLips juga akan belajar sendiri mengenali muka keluarga anda termasuk kawan anda malah ia juga boleh mengenali kucing anda.
Tidak seperti Gopro atau kamera lain. Anda tak perlu mengambil gambar dengan telefon anda. Sync dengan telefon dan bawa sahaja Clips ke mana sahaja, ia akan mengambil gambar dengan pengenalan wajah anda.
Harga jualan dijangka pada $249 iaitu RM1,053