Sebuah video tular di pelbagai laman sosial memaparkan jemaah solat yang bercampur antara lelaki dan perempuan telah menimbulkan banyak perbualan hangat mengenai cara songsang itu.
Memandangkan ia telah mendapat banyak perhatian, JAKIM tampil memberi penerangan tentang video ketika program Kem Ibadah Nusantara itu yang menjadi bualan hangat di Twitter.
Program itu dianjurkan bersama Persatuan Insaf Pahang (Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Komuniti Hijrah Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT).
@beautifulnara Alhamdulillah nasib baik dah ada penjelasan, jom kita doakan yang baik-baik untuk mereka ? #sembangentertainment #trendingnewsmalaysia #jemaahcampur #jemaahlelakiperempuan ? Suspense, horror, piano and music box – takaya
Video yang diambil itu ternyata dirakam dan dimuat naik oleh salah satu peserta program berkenaan. Menurut JAKIM, ramai antara yang hadir terdiri dari kumpulan ‘transgender’ yang ingin mencuba berubah ke arah kebaikkan.
Ada yang dah berhijrah, ada juga yang dalam proses. Jadi mungkin yang masih mirip rupa paras wanita nampak seperti percampuran jantina tetapi mak nyah masih dikira lelaki.
Selepas diberi penjelasan dari sumber yang boleh dipercayai, ramai mula faham tentang tujuan baik program tersebut lalu menyokong lalu mendoakan ajar mereka diberikan hidayah.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel ‘trending’ pada pautan di bawah.