“Golongan Haram J*dah Ini Perlu Dibendung” – Sam Bunkface ‘Sorok’ Anak, Elak Diintai Ped*filia

Hiburan

“Golongan Haram J*dah Ini Perlu Dibendung” – Sam Bunkface ‘Sorok’ Anak, Elak Diintai Ped*filia

Vokalis kumpulan muzik Bunkface, Sam memaklumkan dia memilih untuk tidak menunjuk-nunjuk wajah anak di media sosial sebagai langkah berjaga-jaga dalam melindungi si kecil itu daripada pemangsa kanak-kanak.

Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Mohd Baharom,37, berkata dia sengaja berbuat demikian selain bertindak mencegah sebelum berlakunya sebarang masalah.

Advertisement

Bagi saya golongan haram jadah yang menyukai kanak-kanak wajar dibendung bermula daripada kita sendiri dan dalam Islam pun, kita diajar untuk mencegah.

Jadi, ada benda yang perlu dan tak perlu dilakukan contohnya muat naik sesuatu hantaran tidak sepatutnya dalam media sosial terutama membabitkan anak kecil.

Tambahnya lagi, dia sentiasa berusaha mencari ilmu yang dituntut agama Islam bagi mengelakkan sebarang risiko.

Sam juga menegaskan dia secara peribadi sangat menjaga privasi anak-anaknya.

Ketenangan daripada terdedah kepada sebarang risiko menjamin kebahagiaan dalam kehidupan. Mudah sahaja. Saya juga tak boleh menghakimi cara orang lain. Saya memang bukan macam orang lain.

Saya lebih banyak menjaga privasi saya dan keluarga. Itu yang membuatkan saya rasa lebih bahagia.Apabila kita jaga privasi, tiada orang peduli, bertanya atau membuka aib kita. Semakin meningkat usia, kita semakin faham dan peka keselamatan anak lebih utama.

Perkembangan terkini, kumpulan Bunkface akan mengadakan konsert pada 28 September ini di Dewan Filharmonik Petronas (DFP).

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Hantaran isteri Hafiz Suip curi perhatian
3 months ago

"Doa Yang Baik-Baik Ya.." - Isteri Hafiz Suip Berjubah Dan Berkaca Mata Hitam Undang Spekulasi Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...