Golongan Anti Vaksin Buat Hal, Ingin Masuk Ke Wad Pesakit COVID-19 Tanpa PPE

Trending

Golongan Anti Vaksin Buat Hal, Ingin Masuk Ke Wad Pesakit COVID-19 Tanpa PPE

Ketika ini, negara kita berhadapan krisis ancaman penularan wabak COVID-19 yang sangat membimbangkan. Setakat hari Jumaat (semalam), sebanyak pertambahan 217 kes baharu dilaporkan dan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan virus itu adalah sebanyak 3,333 kes.

Dalam situasi serba tidak menentu ini, masih ada golongan anti vaksin mengeluarkan kenyataan mengarut dan membuat pelbagai tuduhan kepada para doktor. Malah, baru-baru ini viral kenyataan golongan tersebut yang mengatakan vitamin C boleh merawat COVID-19.

Advertisement

Isu itu cukup hangat diperkatakan dan terbaru seorang doktor terkenal iaitu Profesor Dr Imelda Balchin, mencabar golongan anti vaksin untuk sama-sama bertarung memerangi wabak tersebut.

golongan anti vaksin covid-19

Berang dilabel pengecut, sanggup masuk ke wad COVID-19 tanpa PPE

Tindakan Dr Imelda itu mendapat perhatian seorang anti vaksin yang berang apabila dianggap sebagai pengecut tidak berani ke wad COVID-19.

Menurut individu tersebut, dia boleh mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan dan menyahut cabaran masuk ke wad COVID-19. Namun, harus membayar pampasan nilai gajinya sebulan iaitu sebanyak RM15,000.

anti vaksin wad covid-19

Dia sanggup melakukan apa sahaja dan berani masuk ke wad berkenaan tanpa sebarang peralatan perlindungan diri (PPE) atau topeng muka.

“Berlagaknya, tak yah sembang lah”

anti vaksin wad covid-19 anti vaksin wad covid-19 anti vaksin wad covid-19

Dikecam teruk oleh netizen

anti vaksin wad covid-19 anti vaksin wad covid-19 anti vaksin wad covid-19 anti vaksin wad covid-19 anti vaksin wad covid-19

Konflik seperti ini bukanlah satu perkara baharu tetapi dalam keadaan sekarang, tolonglah jangan memperlekehkan usaha para petugas kesihatan yang sedang bertungkus lumus dan berkorban memutuskan rantaian serta mencari penyelesaian kepada masalah COVID-19. Semoga pakar perubatan dan saintis dapat menemukan penawar dan vaksin untuk virus tersebut dalam masa terdekat. 

Sumber Berita : Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...