MCMC Gesa TM Selesai Isu Pelanggan Streamyx

Teknologi

MCMC Gesa TM Selesai Isu Pelanggan Streamyx

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo telah mengeluarkan kenyataan yang menggesa Telekom Malaysia (TM) untuk membentangkan penyelesaian isu berkaitan pelanggan Streamyx, dalam masa sebulan.

Menurut beliau, isu ini harus diberi perhatian khusus memandangkan ia telah berlarutan terlalu lama dan tiada penyelesaian hingga kini.

Pelanggan Streamyx mengeluh apabila mereka masih terpaksa membayar kos langganan yang terlampu tinggi tetapi menerima kelajuan internet yang sangat rendah.

Advertisement

Ia menjadi lebih parah melihatkan pengguna Unifi menerima naik taraf berkali ganda dengan harga langganan yang jauh lebih murah.

 Banyak aduan telah pun diterima berkenaan dengan masalah kelajuan yang rendah dan harga tinggi bagi perkhidmatan Streamyx.

Saya berpendapat bahawa perhatian khas harus diberikan kepada aduan-aduan ini.

Gobind berkata, setakat tahun 2018, jumlah pelanggan asal perkhidmatan Streamyx dianggarkan kira-kira 1.27 juta orang.

Kira-kira 340,000 pelanggan berada di dalam kawasan liputan Unifi fiber dan mereka boleh beralih kepada perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi itu.

Setakat ini, kira-kira 266,000 orang daripada pelanggan berkenaan telah beralih kepada Unifi fiber.

Saya dimaklumkan pelanggan selebihnya terkandung dalam dua kategori lain iaitu yang berada dalam kawasan menggunakan Unifi (Copper) dengan kelajuan perkhidmatan terhad kepada 30 Mbps manakala kategori kedua adalah pelanggan yang mengunakan perkhidmatan Streamyx dengan kelajuan maksimum boleh dicapai hanya 8 Mbps.

 

Akan tetapi, isu terbesar yang membelenggu pelanggan-pelanggan Unifi sudah pastinya mengenai isu harga, dimana harga langganan Streamyx, ataupun Unifi Broadband diletakkan pada harga RM110 untuk sambungan 1Mbps, apabila sambungan Unifi 100Mbps pula ditetapkan pada harga RM129 di kawasan-kawasan liputannya.


Menurut Gobind lagi, beliau telah bertemu dengan TM dan beberapa penyelesaian telah dicadangkan. TM seharusnya membuat pengumuman tentang langkah yang akan diambil dengan segera. Kerajaan juga sedia membantu TM untuk mengatasi sebarang kekangan yang dihadapi.

Telekom Malaysia juga mengatakan bahawa selain daripada mengemukakan kertas cadangan tersebut, mereka akan meneroka pelbagai mekanisma lain untuk memastikan para pengguna Streamyx (Unifi Broadband) boleh menikmati sambungan internet yang lebih panas dan stabil.

Sumber: Kosmo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...