Go Hanis Zalikha!!!

Hiburan

Go Hanis Zalikha!!!

Katakanlah anda diberi pilihan untuk beraksi dalam satu kumpulan untuk merebut hadiah wang tunai RM10,000 dengan salah seorang selebriti di bawah, yang mana satukah akan menjadi pilihan anda? Scha? Awal? Faizal Ismail? Hanis Zalikha?
petronasKalau pilih berdasarkan paras rupa, confirm tak ada orang nak pilih Faizal Ismail. Yang pasti kaum lelaki akan berebut pilih Hanis Zalikha. Namun korang perlu ingat, RM10,000 bukan mudah untuk dimenangi. Kena lalui cabaran Petronas Switch for XTRA Road Challenge.
petronasPetronas Switch for XTRA Road Challenge merupakan fasa kedua untuk kempen #Switch4XTRA. Fasa pertama yang diberi nama Switch for XTRA Race dah tamat pada 30 September lepas. Dalam fasa kedua ini, setiap selebriti dan penyokong mereka akan ditempatkan di lokasi seluruh Malaysia untuk menyiapkan cabaran yang diberi dengan bantuan orang ramai.
petronasNampak Hanis Zalikha di tengah-tengah gambar di atas? Di kiri dan kanan Hanis adalah penyokongnya yang dipilih daripada 15 pemenang teratas fasa pertama. Cabaran yang diberikan oleh Hanis dan penyokong-penyokongnya menjual 20 unit patung Boboi Boy dalam masa yang ditetapkan di Petronas USJ 20.
petronasAbang Nara tak pasti sama ada Hanis sedang menjual patung Boboi Boy atau sedang membuat audition Akademi Fantasia di dalam gambar di atas. Yang penting, mereka bertiga nampak sangat gembira. Adakah mereka berjaya menyiapkan cabaran yang diberi? Daripada teaser video di bawah nampak macam mereka bertiga menempuh kesukaran je.

Advertisement

Yang paling best ialah hadiah wang tunai RM10,000 akan dimenangi oleh pasukan yang mempunyai tontonan video paling banyak secara kolektif. Kesemua video Petronas Switch for XTRA Road Challenge boleh ditonton di channel YouTube Petronas. Tambah best lagi, RM10,000 itu akan dibahagikan hanya antara 2 orang penyokong mereka sahaja. Sorang dapat RM5,000 tue!!!
petronasJadi siapakah selebriti yang anda sokong? Abang Nara sudah tentu sokong Hanis sebab dia ialah kawan blogger Abang Nara. Itu yang Abang Nara letak gambar dia jer dalam entri nie. Untuk lebih banyak video, gambar dan info terkini mengenai Petronas Switch for XTRA Road Challenge, jangan lupa layari Facebook PETRONASbrands bagi maklumat lanjut. Dan juga anda boleh menonton kesemua video di PETRONASbrands Brand Channel Youtube:

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...