Kita semua tahu bahawa masyarakat Korea mempunyai standard kecantikan yang tinggi. Memiliki kulit ‘putih porselin’ merupakan definisi kecantikan buat mereka. Malah kalau tengok wajah orang Korea, rata-rata mempunyai kulit yang cerah sekata tanpa bintik hitam dan cela.
Untuk mendapatkan kulit seperti masyarakat Korea mungkin kelihatan agak mustahil disebabkan keadaan cuaca di negara ini yang ‘panas’ dan bukan empat musim.
Namun rahsia ini berjaya dirungkai Yehwadam, yang mempunyai jawapan untuk membantu kulit anda lebih glowing seperti ‘porselin putih’.
Menggunakan kelebihan herba, tumbuhan dan bunga, digabungkan dengan rahsia kecantikan tradisional Korea, maka terhasillah Yehwadan Jeju Magnolia Pure Brightening.
Atasi masalah tua sebelum usia!
Masalah kulit kusam sering menjadi ketakutan buat para wanita. Gaya hidup dan cara penjagaan wajah yang kurang tepat menyebabkan pengumpulan kotoran pada wajah seperti sel kulit mati yang menyebabkan tekstur kulit menjadi tidak rata.
Malah faktor penuaan yang pantas turut menyebabkan sel kulit mula menebal dan menyebabkan wajah menjadi kasar dan tidak sekata.
Tapi anda tak perlu risau lagi, Yehwadan Jeju Magnolia Pure Brightening boleh membantu. Dengan ramuan pencerah intensif yang ditingkatkan, serta bahan baru yang dipatenkan ia terbukti berkesan mengurangkan pengumpulan sel kulit mati.
Ia merawat wajah dengan memberikan hasil yang lebih cerah, berseri, halus dan lembap dalam masa yang sama. Bahan-bahan rahsia yang berasakan bahan semula jadi, ternyata mampu mengembalikan keremajaan dan membuatkan kulit kelihatan lebih glowing.
Magnolia Putih
Dijumpai di Pulau Jeju, ia dituai secara manual sekali dalam masa setahun. Kemudian ia diekstrak menggunakan teknologi ultrasonik untuk mengekalkan kualiti terbaiknya.
Digunakan secara tradisional untuk mencegah masalah noda, ekstrak Magnolia Putih berfungsi menangani masalah melanin tersumbat, antioksidan dan anti-radang.
ChilBaek SoYunDan
Ramuan yang diperbuat dari bahan tradisional, yang menjadi rahsia kulit cerah masayrakat Korea. Mengandungi Pearl, White Ginseng, Poria Cocos, Baizhu, Honeysuckle, Angelica dan Peony.
Kesemua bahan ini bergabung dan menyingkirkan melanin serta meningkatkan peredaran darah.
Serine & Allantoin
LG H&H mematenkan bahan-bahan ini yang berfungsi mempercepat kitaran perolehan sel kulit baru bagi mengurangkan pengumpulan sel mati. Ia kemudian membantu pengelupasan dan membantu kulit kelihatan lebih berseri, halus dan tanpa cela.
Miliki kulit ‘White Magnolia’ dengan 4 langkah!
Yehwadam Jeju Magnolia Pure Brightening Toner (160ml, RM162.90)
- Memberi sensasi menyegarkan dan kelembapan segera.
- Tekstur cecairnya membersih dan meyerap masuk ke dalam kulit dengan mudah, memberikan kulit yang lebih sekata.
Yehwadam Jeju Magnolia Pure Brightening Serum (45ml, RM259.90)
- Penjagaan rapi untuk kelihatan wajah berseri seperti porselin!
- Menyerap dengan cepat dan menghidratkan, serum ini meningkatkan kadar perolehan sel kulit, memperbaiki tekstur kulit serta membantu mengurangkan kulit kusam dan bintik-bintik gelap.
Yehwadam Jeju Magnolia Pure Brightening Emulsion (140ml, RM162.90)
- Melindungi lembapan dan memberikan kesan pencerahan
- Teksturnya yang lembut dan ringan, membantu emulsi pelembap ini membentuk pelindungan yang tahan lama di permukaan kulit.
Yehwadam Jeju Magnolia Pure Brightening Cream (50ml, RM259.90)
- Berikan kulit anda pencerahan segera.
- Krim bertekstur putih jernih ini menanggalkan tekstur kulit yang tidak rata, meningkatkan keserian wajah dan menghalang kemunculan kesan cela.
Rangkaian Yehwadam Jeju Magnolia Pure Brightening kini boleh didapati di THE FACE SHOP, atau anda boleh juga membuat pembelian secara dalam talian di laman sesawang THE FACE SHOP, ZALORA, Lazada dan Shopee.
Kedai atas talian THE FACE SHOP: www.thefaceshop.com.my
ZALORA: www.zalora.com.my/the-face-shop/
Lazada: www.lazada.com.my/shop/the-face-shop/
Shopee: https://shopee.com.my/thefaceshop.os
Malah, kini anda juga boleh melakukan pesanan untuk produk THE FACE SHOP melalui Whatsapp, http://malaysia.thefaceshop.com.my/store_whatsapp.php. Lagi mudah kan?
Untuk maklumat lanjut mengenai Yehwadam Jeju Magnolia Pure Brightening atau produk yang lain, anda boleh ikuti, THE FACE SHOP di Facebook dan Instagram.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.