“Glamor Sebab Kes Tak Elok, Tu Kau Bangga?!” – Tahu Ramai Benci, Netizen Menyampah Mira ‘Acah’ Tersakiti

Kehidupan

“Glamor Sebab Kes Tak Elok, Tu Kau Bangga?!” – Tahu Ramai Benci, Netizen Menyampah Mira ‘Acah’ Tersakiti

Sejak terpalit dalam kontroversi rumah tangga usahawan serta pempegaruh, View Chin dan isteri, Ah Moi, nama Amirah Aqilah Firdaus sering menjadi sasaran utama netizen untuk mengecam serta melabelnya sebagai penyondol.

Baru-baru ini, Amirah atau mesra dikenali sebagai Mira memuat naik satu hantaran foto di Instagram mengakui rezekinya makin bertambah selepas isu ‘menyondol’ jadi perhatian ramai.

Advertisement

Dalam pada itu, dia turut menyeru agar golongan yang mengkritik serta mengecam untuk berhenti mengikuti gerak-geri kehidupan hariannya.

Bukan itu saja, influencer kelahiran negeri Pahang itu mengetahui banyak pihak mahu melihat dia ‘jatuh’ seperti menjadi gila susulan isu yang berlaku serta melakukan hal diluar kawalan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen persoal sama ada Mira seseorang yang terkenal hingga perlu diambil berat serta merasakan wanita tersebut ‘acah’ tersakit sedangkan diri yang melakukan salah.

komen netizen

 

komen netizen

Hingga ke hari ini netizen masih menunggu Mira membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Ah Moi susulan menggangu keharmonian rumah tangganya dengan menjalinkan hubungan bersama View Chin.

mira bukan punca view chin cerai
11 months ago

"Yang Fitnah Dah Minta Maaf? Nanti Dekat Kubur Merangkak Cari Aku" - Mira Nafi Jadi Punca View Chin & Ah Moi Cerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...