GISBH: “Kalau Sampai Anggap Tongkat Abuya Ada Kuasa, Ini Bukan Sahaja Sesat, Tapi Ini Soal Bodoh” – Dr MAZA

Trending

GISBH: “Kalau Sampai Anggap Tongkat Abuya Ada Kuasa, Ini Bukan Sahaja Sesat, Tapi Ini Soal Bodoh” – Dr MAZA

Bukan sahaja sesat malah tidak bijak dalam membezakan antara perkara yang benar dan juga salah dari sisi agama, itu kata Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin tentang para pengikut GISB Holdings (GISBH).

Menerusi podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Hamdan, beliau turut berkata kepercayaan bahawa terdapat keberkatan pada tubuh badan guru merupakan perbuatan khurafat yang amat dahsyat.

Advertisement

gisbh
2 months ago

"Salah Guna Nama Imam Mahdi, Jelmaan Rasulullah" - Perlis Negeri Pertama Isytihar GISBH Kumpulan Ajaran Sesat

DR MAZA podcast KS

Tambahnya, meskipun Al-Arqam sudah lama difatwakan sesat, namun asas penubuhan semula kumpulan itu yang masih mengekalkan pemujaan terhadap tokoh mereka adalah sama.

Saya tanya kepada ahli dia yang terbabit itu, berulang kali saya tanya hal ini dan sekarang ini kita tengok yang keluar semua mengaku benda sama.

Janggut, air basuhan kaki, basuhan tisu. Kultus ni mempunyai kepercayaan bahawa guru mereka mengandungi satu keberkatan pada tubuh mereka. Khurafat yang begitu dahsyat.

GISBH

 

Ini bukan soal sesat, ini soal bodoh

Beliau yang lebih dikenali sebagai Dr. MAZA juga berkata walaupun unsur mengagungkan tokoh agamawan sudah lama ada dalam masyarakat Melayu, ianya tidak boleh dilaksanakan secara berlebih-lebihan.

Kalau sekadar ringan-ringan contohnya, ‘ambil keberkatan enta Sheikh’, ia tak sampai kepada melampau. Tapi kalau sampai menganggap dengan ‘awak minum air ni awak diberi kekuatan’ atau ‘dengan tongkat yang diberi oleh Abuya itu ada satu kuasa yang dapat menghancurkan kuasa-kuasa besar yang lain’ ianya bukan sahaja soal sesat, tapi soal bodoh.

Dr MAZA turut menegaskan tentang dua perkara penting yang mencorakkan agama seseorang itu iaitu membabitkan kepercayaan dan amalan.

Katanya, jika amalan salah tetapi tidak diikuti dengan kepercayaan yang salah, seseorang individu tidak akan menjadi sesat. Namun jika kepercayaan sudah salah, walau tiada amalan, seseorang itu akan jadi sesat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Youtube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...