“Girlfriend Baba Ke Mommy Lagi Cantik?” – Nabila Call Waktu ‘Shoot’, Gelagat Sharnaaz & Jebat Buat Netizen Terhibur

Hiburan

“Girlfriend Baba Ke Mommy Lagi Cantik?” – Nabila Call Waktu ‘Shoot’, Gelagat Sharnaaz & Jebat Buat Netizen Terhibur

Jika sebelum ini anak kepada Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden pernah membongkarkan bahawa bapanya mempunyai teman wanita, kali ini gelagat anak-beranak itu sekali lagi mendapat perhatian netizen dalam video tular yang dimuat naik di TikTok.

Dalam video berdurasi 1:47 minit itu, Sharnaaz bertanyakan kepada Jebat sama ada dirinya betul-betul mempunyai teman wanita.

Advertisement

“Boy, Baba ada girlfriend ke?,” tanya Sharnaaz.

“Ada, betul Baba ada girlfriend,” jawab Jebat.

Dalam pada itu, Sharnaaz sempat bergurau dan menyoal sama ada bekas isteri atau teman wanitanya lebih cantik pada pandangan Jebat.

“Baba nak tanya, girlfriend Baba ke Mommy lagi cantik?,” seloroh Sharnaaz.

Girlfriend Baba cantik dengan Mommy cantik,” jawab Jebat dengan tersenyum.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan telatah anak-beranak itu.

Ada juga yang memuji cara Sharnaaz mendidik Jebat kerana tidak memburuk-burukkan Nabila walaupun telah berpisah.

Sekadar info, Sharnaaz Ahmad telah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila pada tahun 2017 namun berpisah pada tahun 2020.

2 bulan lalu

"Sebenarnya Ika Tu..." - Jebat Terpecah Rahsia, Sharnaaz Dedah Identiti Sebenar Pramugari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...