Jika sebelum ini anak kepada Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden pernah membongkarkan bahawa bapanya mempunyai teman wanita, kali ini gelagat anak-beranak itu sekali lagi mendapat perhatian netizen dalam video tular yang dimuat naik di TikTok.
Dalam video berdurasi 1:47 minit itu, Sharnaaz bertanyakan kepada Jebat sama ada dirinya betul-betul mempunyai teman wanita.
“Boy, Baba ada girlfriend ke?,” tanya Sharnaaz.
“Ada, betul Baba ada girlfriend,” jawab Jebat.
Dalam pada itu, Sharnaaz sempat bergurau dan menyoal sama ada bekas isteri atau teman wanitanya lebih cantik pada pandangan Jebat.
“Baba nak tanya, girlfriend Baba ke Mommy lagi cantik?,” seloroh Sharnaaz.
“Girlfriend Baba cantik dengan Mommy cantik,” jawab Jebat dengan tersenyum.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan telatah anak-beranak itu.
Ada juga yang memuji cara Sharnaaz mendidik Jebat kerana tidak memburuk-burukkan Nabila walaupun telah berpisah.
Sekadar info, Sharnaaz Ahmad telah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila pada tahun 2017 namun berpisah pada tahun 2020.