Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Gimik Perkahwinan Dikecam : Penyanyi Daiyan Trisha Tidak Mahu Disamakan Dengan Haqiem Rusli

Sekarang ini memang sudah jadi ‘trend’ agaknya untuk penyanyi mencetuskan gimik sebelum melancarkan lagu terbaru mereka.  Ada kalanya gimik itu mungkin menjadi tetapi buat penyanyi Daiyan Trisha, ramai yang mengecam pula. Bukan apa, beliau sudah membuatkan peminat teruja dengan ‘berita perkahwinannya’ , tiba-tiba ia hanya sekadar gimik untuk ‘single’ terbarunya.

Advertisement

Rata-rata netizen menyamakan Daiyan dengan Haqiem Rusli sehingga ada yang melabelkan beliau penipu kerana bermain dengan sesuatu perkara yang serius.

Sampai sekarang pun ada yang masih bercakap (mengenai strategi digunakan itu). Saya sendiri tidak faham kenapa orang marah? Saya mempunyai alasan kukuh kerana sudah mula memuat naik bayangan mengenai lagu meraikan dua hati yang berkonsepkan perkahwinan sejak Julai lalu.

Boleh dikatakan, memang kerap saya kongsikan gambar dalam Insta Story dan tidak ketinggalan madah penyatuan dua hati, sekali gus mereka yang mengikuti akaun saya faham sedari awal ia bertepatan konsep lagu.

Kalau samakan saya dengan Haqiem, memang mereka (netizen) sangat salah. Saya seorang yang menentang segala perbuatan yang mengaitkan gangguan mental hingga pernah membangkitkan isu itu dalam lagu. Cara kami berbeza.

Terdahulu, ‘perkahwinan’ Daiyan mendapat liputan luas akhbar-akhbar sehingga  ramai mempercayai bahawa beliau akan benar-benar mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos lalu. Malah, sewaktu dihubungi penyampai Radio Era, Raden, Daiyan mengakui beliau akan  bernikah  pada tarikh itu walaupun enggan berkongsi lebih lanjut mengenai calon suaminya.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 Comments

  1. xo

    August 29, 2018 at 4:31 pm

    sapa kah gerangan dier ? artis ? tak kenal wei

  2. kecik

    August 29, 2018 at 12:02 pm

    yang netizen marah, dia mengaku & mengiyakan yang dia nak kawen. siap cakap tak nak ulas berkenaan bakal suami.
    Kalau awal2 lagi dia cakap ‘no comment’ atau ‘tunggu la tarikh tu’, mungkin orang boleh terima itu cuma sekadar gimik.

  3. minah senget

    August 29, 2018 at 10:20 am

    jangan jadi haqiem rusli dah la

  4. Anonymous

    August 29, 2018 at 10:15 am

    tula aku pon pelik, padahal daiyan penah upload pic langit senja dlu skali dgn hashtag lagu baru die tu. n bile tgk posting die tu mmg tau utk lagu baru. ape2 je netizen

    • rugoiauiah

      August 29, 2018 at 10:52 am

      aku lagi pelik yang mengaku nak kahwin tu apehal? tolong la lepas ni buat lagu pasal mati pulak. nanti boleh buat gimik cakap saya bakal nak mati tarikh sekian2

  5. Fining

    August 29, 2018 at 10:15 am

    Nsib baik aku x knl ko..so lntak la ko nk tnggeng ke bogel..ade aku kisah?

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama