Giliran Puteri Balqis Pula Dikritik Netizen Kerana Pakai Baju Nampak Pusat – “Makin Hari Makin Seksi Aku Tengok”

Gaya Hidup

Giliran Puteri Balqis Pula Dikritik Netizen Kerana Pakai Baju Nampak Pusat – “Makin Hari Makin Seksi Aku Tengok”

Sejak dari kecil dia dibanjiri dengan pujian ramai gara-gara bakat yang dimiliki sebagai seorang pelakon kanak-kanak ketika baru berusia 5 tahun.

Apabila meningkat remaja dan semenjak namanya kembali menjadi sebutan selepas dia kembali dalam dunia lakonan, Puteri Balqis bukan hanya dipuji tetapi juga turut dikritik cara pemakaiannya.

Advertisement

Terbaru, pakaian digayakan pelakon berusia 15 tahun ini meraih perhatian ramai warganet selepas satu video dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama Dini Latifi.

Menerusi klip berdurasi 11 saat itu, mempamerkan pelakon mesra dipanggil Aqish itu memakai crop top berwarna hitam dan menampakkan bahagian pusat.

Rakaman itu menerima pelbagai respon daripada netizen di ruangan komen di mana sesetengah daripada mereka memuji kecantikan Aqish pada usia remajanya.

Namun, segelintir netizen pula menegur Aqish tentang gaya pemakaiannya serta meluahkan rasa bimbang kerana dikatakan semakin hari pelakon itu dilihat semakin seksi.

Beberapa individu memberikan pendapat mereka bahawa Aqish akan kelihatan lebih cantik dan manis jika dia berpakaian sopan serta seiring dengan usia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Che Ta Sekali Lagi Dikritik, Kali Ini Sebab Aaisyah Pakai Baju Nampak Badan & Pusat - "Jaga Pakaian Anak Elok-Elok, Dia Tu Perempuan"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...