Giliran Jason Pula Kena ‘Food Reviu’ Oleh Netizen, Jual ‘Popcorn Chicken’ Di Food Fest – “Harga Tak Masuk Akal Tapi…”

Kehidupan

Giliran Jason Pula Kena ‘Food Reviu’ Oleh Netizen, Jual ‘Popcorn Chicken’ Di Food Fest – “Harga Tak Masuk Akal Tapi…”

Seorang individu berkongsi ulasan jujur mengenai Chicken Popcorn jualan pempengaruh terkenal, Jason, yang membuka booth makanan di Festival Havoc Trio, WTC Kuala Lumpur. Video review tersebut meraih perhatian ramai selepas memuji kualiti makanan dan servis mesra Jason.

Menurut individu berkenaan, Jason bukan sahaja peramah, malah kelihatan sangat bersedia mengendalikan pelanggan.

Advertisement

Servis sangat bagus, Jason sangat peramah dan saya boleh nampak dia bersedia. Chicken popcorn banyak dah tersedia tapi masih panas bila dimakan.”

Beliau turut memuji tekstur ayam yang dimasak dengan baik dan sambal gepuk yang sedap.

Tekstur ayam tidak terlalu masak, kami menikmatinya sebagai snacking. Sambal sedap dan pedas tapi tak sampai ‘terbakar’.

Namun begitu, individu berkenaan sempat berseloroh meminta agar Jason menambah nasi percuma dalam set menu tersebut.

RM14.90, mahal nak mampuiii.
Sambal dia sedap, rasa bawang putih.
Ada benda yang kurang, iaitu nasi.

Di ruangan komen, ramai netizen memberikan reaksi bercampur-baur. Ada yang bersetuju makanan Jason sedap, tetapi majoriti menganggap harga RM14.90 untuk hidangan Popcorn Chicken Gepuk agak mahal memandangkan ia makanan ringan dan bukan set lengkap.

Sedap tu sedap, tapi harga macam tak berbaloi.

Popcorn chicken je kot… RM14.90 memang pricey.

Influencer punya harga memang lain.

Walaupun isu harga menjadi perdebatan, ramai tetap memuji usaha Jason membuka booth sendiri dan menghidangkan makanan berkualiti kepada pelanggan.

Buat masa ini, menu Popcorn Chicken Gepuk Jason kekal trending di festival berkenaan walaupun dengan kontroversi harga yang hangat dibincangkan.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

yusuf Azmi KO
2025-12-08 08:49:31

Kanda Yusuf Azmi Semboyan 'KO' Kepada Peninju Indonesia, Netizen Kritik - "Macam Boxing Cerita P Ramlee"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...