Giliran Abang Viva Pula Bersuara! Dedah ‘Chat’ Antara Isteri Dengan Lelaki Lain, Akui Ada Bukti Video

Trending

Giliran Abang Viva Pula Bersuara! Dedah ‘Chat’ Antara Isteri Dengan Lelaki Lain, Akui Ada Bukti Video

Giliran Abang Viva pula bersuara selepas isterinya Evanoza Zakaria sebelum ini mendakwa suaminya berhubung dengan seorang wanita yang berstatus pasangan orang.

Menerusi TikTok, Abang Viva telah memuat naik tangkap layar perbualan dipercayai di antara isterinya dengan seorang lelaki lain.

Advertisement

Katanya, dia sudah tidak tahan dan tidak mahu berdiam diri lagi membuatkannya bersuara tentang hal tersebut.

Abang Viva dan isteri

Perbualan itu menunjukkan isterinya sedang berbual dengan lelaki berkenaan yang turut memanggil Evanoza dengan panggilan ‘dear’.

Ujarnya, tangkap layar perbualan tersebut bukanlah satu-satunya bukti yang dia ada untuk membuktikan perbuatan isterinya itu malah akui mempunyai bukti video.

Tak boleh tahan, hari-hari benda sama je ni. Kasi up satu, yang lain simpan dulu.

abang viva dedah mesej isteri dengan lelaki lain

Menerusi ruangan komen, ramai netizen yang tidak menyebelahi Abang Viva dan berkata mesej terbabit nampak normal sahaja dan tiada apa yang menunjukkan isterinya berlaku curang.

Kata netizen, isterinya tiada pula memburukkan Abang Viva pada orang lain tidak seperti apa yang dilakukannya malah ada yang menghentam dan berkata dia bersikap narsistik.

komen netizen komen netizen komen netizen

Dalam pada itu, sesetengah netizen menasihati Abang Viva dan isterinya untuk tidak terus menerus menyebarkan aib masing-masing sebaliknya duduk semeja untuk menyelesaikan permasalahan mereka.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah pun dipadam daripada akaun TikTok Abang Viva.

abang viva dan isteri
2 months ago

Isteri Luah Rasa Sedih, Dakwa Abang Viva Mesej Isteri Orang Lain - “Kau Mengata Aku..”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...