“Dah Macam Nak Culik Pun Ada” – Netizen Kecam Wanita Ganggu Privasi TokTi, Siap Nampak Skrin ATM

Hiburan

“Dah Macam Nak Culik Pun Ada” – Netizen Kecam Wanita Ganggu Privasi TokTi, Siap Nampak Skrin ATM

Sebuah video tular di media sosial sejak semalam dan telah mendapat kritikan ramai netizen.

Menerusi video itu, seorang wanita telah merakam ketika dia terserempak dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil Tokti di sebuah kiosk ATM Maybank.

Advertisement

Meskipun lokasi tidak dinyatakan namun video tersebut menerima kecaman hebat selepas dia dikatakan mengganggu privasi Tokti.

Apatah lagi, tindakannya dilihat menakutkan anak perempuan Tokti, Siti Aafiyah yang memegang erat ibunya ketika sedang mengeluarkan wang.

Lebih membuatkan netizen geram apabila dia juga dapat melihat skrin mesin tersebut ketika proses tersebut berlaku sehingga turut merakam saat Tokti mengambil duit dan masuk ke dalam dompet.

Ruangan komen di laman sosial tidak kira Instagram, Twitter dan TikTok dipenuhi dengan komen netizen mengecam tindakan wanita bernama Yana itu.

Ada yang turut menggesa dia untuk memadam video berkenaan dan ada juga menganggap tindakannya itu kurang ajar.

2 years ago

"I Kenal You, You Tak Kenal I" - Netizen Puji Tokti 'Humble' Tegur Cikgu Gimnas Zaman Sekolah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...