Zaman sekarang memang orang semakin berani melakukan sesuatu yang salah secara terang-terangan antaranya adalah menjual produk tidak senonoh secara atas talian.
Jika sebelum ini ada individu jumpa seller jual minyak pengasih terbaru, seorang wanita mendedahkan tentang penjualan patung mainan seks di sebuah platform atas talian.
Menerusi Twitter, wanita terbabit mendedahkan tentang patung tersebut dan apa yang lebih mengejutkan adalah ia berupa kanak-kanak!
Malah, patung mainan seks kanak-kanak ini turut dikenakan pakaian seperti baju kurung sekolah dan dijual pada harga antara RM800 sehingga RM3,000.
So my friend was browsing through shoppee and she came across sex toys (which is fine) but what’s not fine is that its sex toys replicating a child’s body and guess which population bought it? Of course meleis. Mmg berpuas hati?????? This is so sickening and disgusting????? pic.twitter.com/fpggaTwn0U
— Masitah (Taylor’s Version) (@masitah96) June 30, 2023
Bukan diterbangkan dari negara luar tetapi hampir semua penjual yang dijumpai di platform tersebut berpangkalan di Selangor.
Apa yang membuatkannya lebih berasa marah adalah apabila mendapat tahu majoriti individu yang membeli adalah berbangsa Melayu.
Tambah wanita itu, dia terus melaporkan semua akaun penjual dan telah menghubungi pengendali platform jualan untuk tindakan selanjutnya.
Dia turut menyeru ramai warganet untuk turut membuat laporan terhadap akaun yang menjual patung mainan seks tersebut.
Malah, segelintir individu turut menyelar platform jualan terkenal tersebut dan mempersoal tindakan mereka yang tidak menyaring produk yang dijual terlebih dahulu.
WTF Sh*pee. Kau jangan sampai rakyat Malaysia boikot.”
Seorang individu memberikan cadangan agar wanita tersebut membuat laporan polis agar pihak berkuasa dapat mencari individu di sebalik akaun penjual dan juga semua pembeli.
Rata-ratanya berharap pihak berwajib termasuklah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengambil serius tentang apa yang didedahkan oleh wanita tersebut.