“Gila Nak Tunjuk Kaya”, Budaya Dalam Masyarakat Malaysia Yang Semakin Menjadi-Jadi

Trending

“Gila Nak Tunjuk Kaya”, Budaya Dalam Masyarakat Malaysia Yang Semakin Menjadi-Jadi

Setakat artikel ini ditulis, saya belum menemui lagi Warren Buffet dan Mark si Founder FB berselfie terkinja-kinja untuk menunjukkan kekayaannya(samada show off kereta,duit,cincin dan rumah). Warren Buffet masih tinggal dirumah yang dibelinya pada tahun 1958 dgn harga USD 31,500.

Advertisement

Kereta yg digunakan Mark utk ke ofis

Kereta Warren Buffet

Kereta Hitam itu adalah kereta yg dipandu Mark Zuckerberg ke ofis.Katanya beliau tidak suka dikenali(Masyaallah humble nya orang kafir) dan kereta coklat itu adalah kereta manusia no 2 terkaya dunia, Warren Buffet yg selalu digunakannya.

Ada 2 jenis kaya, satu “Kaya Gila” dan satu lagi “Gila Nak Tunjuk Kaya”. Yang kaya gila kebanyakkannya kafir dan yang gila nak tunjuk kaya kebanyakkannya Melayu.

Bukan susah nak kenal yg kaya gila.

Rockefeller, Bloomberg, Bill Gates, Vincent Tan, Warren Buffet, Robert Kuok dan lain-lain billionaire di dunia. Yang ini spesies Singa. Duit tak habis. Either you suka atau tak suka, saya ada duit berbillion sbb ana pandai buat duit. I dont care what do you think of me.

Yang gila nak tunjuk kaya pun ramai dan senang nak nampak.

Biasanya public figure Melayu yang ramai terlibat. Yang macam ni namanya spesis kambing, berak tahik warna hitam macam makjun. Kaya jenis suam-suam kuku. Baru jadi jutawan dah kena kejutan budaya. Dan biasanya kaya mereka tak lama.

Sekarang dalam Malaysia spesis macam ni boleh tengok kat FB.

Contohnya bila nak shopping kat Louis Vutton atau beli beg tangan Chanel, Marc Jobs atau Hermes, mereka buat video atau selfie(dgn harapan orang puji). Bila nak order kereta mewah, bagitau satu dunia. Rumah 10 juta under construction pun nak tunjuk pada semua orang(supaya SAH lah aku jutawan).

Anak beli Bentley pun kena cerita supaya anak aku levelnya tinggi drp hangpa semua. Ini perangai kaya suam-suam kuku. Sebab tu kena bagitau orang ramai atau pengguna bahawa dia kaya.

Dia takut orang tak tau dia kaya so nanti orang ckp bisnes dia tak maju.

So mesti mau jaga imej “kaya”(tanda bisnes hebat). Ini namanya orang kaya tapi low class.Sbb mereka ingat class terletak pada material.Pakai Prada tapi otak tak ada.

Berlainan dengan spesis Singa, mereka tak perlu selfie depan Louis Vutton utk bgtau “aku mampu”, sebab mereka memang mampu. Satu dunia tahu mereka mampu. Nobody cant stop them to buy.

Yang lawaknya, si Melayu jenis kaya suam-suam kuku nak beli beg tangan mahal tapi tanya harga, nampak sangat tak cukup kaya.

Orang kaya gila mana ada tanya harga. BOOOOOO. Yang suka tunjuk kaya saja tanya harga takut duit tak cukup. Orang kaya gila(spesis Singa), mentaliti nya “I want this,I will pay”.

Orang kaya gila, habitatnya mmg kaya. Mindset mereka mmg kaya. Cara berfikir mereka mmg kaya. Sebab mereka kaya melalui proses yang bernilai dan matang.

Mereka tak perlu tunjuk “kaya” sebab nak approval dari orang ramai. Mereka tak perlu selfie dalam helikopter bagitau “I dalam Heli yg I beli 5 juta semalam”.

Atau “today I naik bisnes kelas belanja kawan-kawan sbb bisnes dah boom,habis 50k,tapi takpe nanti tuhan tambah lagi”.

Spesis Singa beli beg tangan harga 200k bg mereka takde masalah, macam RM20 je.

Mereka pakai sbb mereka mampu dan puas, bkn nak bagitau orang yg mereka mampu.Yg kaya suam-suam kuku kena tunjuk di FB atau twitter utk bgtau dia spend 20k beli beg tangan.

Nampak sangat dia excited jadi kaya(culture shock).Org kaya gila mcm Bloomberg atau Bill Gates,money has no value to them,bcoz its already there.

They are already successful.Meaning “I have the power”. The money flows like water. Yang kaya suam-suam kuku kena bagitau satu dunia betapa hebatnya jadi kaya, lalu kena tunjuk rumah dah ada 5 bijik. Tengah plan nak beli lagi 5 bijik.So terpaksa ambik gambar dan posting di media sosial.

Biasanya public figure yg suka tunjuk kaya berjayanya tak lama.

Sebab fokus mereka nak tunjuk kaya. Cuba bagi satu nama towkey produk Melayu yang dah buat produk yang dah bertahan selama 50 tahun, dan pergi ke peringkat dunia, ada? Normally yang suka menunjuk ialah yg perangai “beruk dapat bunga”. Terkejut sbb jadi kaya.

Kaya atau materials is a product of success.

Tapi di Msia ni ramai yang bongok dan puja-memuja public figure sebab kaya. Terkedu tengok hebatnya sikaya pakai Ferrari. Orang kafir, mereka value success, bukan materials.

Mereka hormat orang sebab nilai sukses, bukan materials.

Mereka nak tau mcmana Mark sukses buat FB,bukan nak tau Mark boleh beli apa. Bukan nak tgk Mark pakai kot ada price tag 1 juta. Bcoz without Mark bagitaupun, mereka tau Mark mampu. He is a billionaire. Pernah nampak Mark selfie tunjuk cincin berlian harga 5 juta?

Budaya di Malaysia ni, semakin banyak buat aksi badut dan propa, orang makin suka.

Waktu org tengah suka, jual tahik kambing pun boleh dikatakan mujarab untuk kuruskan badan. Orang pun beli sebab aksi badut yang dibuat. Kemudian beli title Datuk atau Datuk Seri, makin terserlah lah “KEKAYAAN” mereka dan dapatlah approval bahawa orang ini “HEBAT”.

Lagi banyak buat aksi menarik perhatian walaupun aksi bodoh, makin laku lah produk.

Tak pernah pulak ana nampak Armani atau Chanel buat aksi bodoh untuk dapat attention. Satu lagi, boleh cuba taja rancangan “agama”, maka tunduklah Melayu dan yakinlah mereka towkey produk ini sangat beriman, lalu marilah kita membeli produk beliau.

Kalau dah memang sukses dan jutawan sepert Ronaldo atau Messi atau Usain Bolt, tak perlu ambik gmbr sendiri dan tunjuk kekayaan.

Reporter atau individu lain akan snap gmbr kita tanpa kita tau.

Paparazi akan kejar nak tengok koleksi kereta kita, walaupun kita sorok. Tapi jenis gila nak tunjuk kaya tak berhenti-henti cerita apa yg mampu dia beli, macam takde cerita lain dalam hidupnya. Dia jadi seronok bila orang tahu dia KAYA, bukan seronok sebab produk dia dah sembuhkan 500 juta orang dalam dunia.

Cuba baca kisah Leonardo De Caprio.

Dia suka low profile, kereta ada sebijik je sebelum ni. Tapi satu dunia tahu how success he is. Tak perlu pun nak war warkan betapa “aku mampu beli mansion di Malibu” sebab aku top Hollywood actor. Malulah sikit dengan orang kafir.

Ramai lagi artis Hollywood yang hebat seperti Matt Damon, Denzel Washington, Daniel Day Lewis, semuanya hidup very low profile, jauh daripada orang dan tak suka skandal dan gossip. Mereka tak perlu nak heboh-heboh bercinta dengan sapa, anak sekolah kat mana sebab bagi mereka itu private life.

Buat apa nak war-war kan benda yang semua orang lalui.

Bagi mereka, private life is totally private life. Mereka fokus dengan kerja. Mereka ni semua jutawan, tapi high class jutawan. Orang tak peduli kalau mereka nak pakai Lamborghini atau Ferrari. Sebab mereka mampu.

Tapi spesis Melayu kambing mahu bagitau satu dunia how happy they are being “RICH” compare to others. Kadang-kadang produk pun tahap mediocre je, bukan luar biasa pun. Tapi kisah bodoh dalam kainnya yang lebih banyak dijaja dan ditertawa.

Kredit : Dean Kadeer

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...